Advertising
3 Keputusan Besar Dicatat Ruben Amorim & Manchester United Tanpa Sedar
MakanBola
Manchester United

Ruben Amorim berjaya membawa Manchester United meraih 3 keputusan mengagumkan meski baru sahaja membimbing pasukan kurang dari dua bulan.

Pada bulan November lalu, Amorim dilantik selaku pengurus baharu Manchester United bagi mengambil alih tugas yang Erik ten Hag yang umum berpisah bersama The Red Devils.

Ad

Bekas jurulatih Sporting Lisbon ini memulakan tugas pertama beliau dengan turun berdepan kelab bawahan, Ipswich Town pada 25 November yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Ad

Sejak itu, Amorim telah membimbing United mengharungi 12 perlawanan di peringkat domestik dan Eropah dengan meraih 5 kemenangan, satu keputusan seri dan juga 6 kekalahan.

Walaupun dengan prestasi goyah ini, namun United berjaya mencapai 3 keputusan mengagumkan di bawah bimbingan Amorim dalam tempoh kurang dua bulan ini.

Ad

Disember lalu, United berkunjung ke laman lawan berdepan jiran setempat dan juara bertahan EPL, Manchester City dan berjaya mencatat kemenangan 2-1 hasil jaringan minit akhir Amad Diallo.

Ad

Selain itu, The Red Devils turut pamer aksi memukau ketika mengikat pendahulu liga, Liverpool di Anfield dengan lawan tampak bergelut untuk menewaskan United yang berada di tempat ke-13 liga.

Ad

Terbaharu, anak didik Ruben Amorim berjaya sahkan tempat ke pusingan seterusnya FA Cup setelah menyingkirkan juara 14 kali, Arsenal meski beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-60.

Ujian seterusnya menanti Manchester United dan Amorim adalah berdepan Southampton di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada awal pagi Jumaat, 17 Januari ini.