Advertising
FA Cup: 10 Pemain Manchester United Malukan Arsenal
MakanBola
Manchester United FC

Aksi tumpuan di pusingan ke-3 FA Cup menyaksikan Arsenal tersungkur di gelanggang sendiri kepada Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti.

Setelah tewas kepada Newcastle United beberapa hari lalu, Arsenal dijadualkan turun melayani kunjungan Manchester United seawal pusingan ke-3 FA Cup di Stadium Emirates.

Gabriel Jesus menjadi pilihan di sayap kanan Arsenal bagi menggantikan tempat Bukayo Saka manakala Manchester United dengan formasi 3-4-3 diketuai oleh Bruno Fernandes.

Ad

Turun berjersi serba putih, Arsenal jelas menguasai kawalan bola sejak minit pertama permainan namun belum mampu untuk mengatasi disiplin tinggi benteng pertahanan pelawat.

Arsenal terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Gabriel Martinelli sebelum gol pemain sayap Brazil itu dibatalkan oleh penjaga garisan perlawanan atas dakwaan kedudukan ofsaid.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Arsenal 0-0 Manchester United.

Ad

Bersambung babak kedua, Bruno Fernandes membuka tirai jaringan hasil satu serangan balas pantas yang menghukum kealpaan pertahanan Arsenal untuk United mendahului 1-0.

Malang buat The Red Devils apabila dipaksa beraksi dengan 10 pemain untuk baki 30 minit terakhir akibat layangan kad kuning kedua kepada Diogo Dalot gara-gara terjahan keras.

Kelebihan seorang pemain digunakan oleh Arsenal untuk mencetak gol penyamaan menerusi voli jarak dekat oleh Gabriel Magalhaes untuk kembali mengikat kedudukan.

Tuan rumah berpeluang untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-72 namun tendangan penalti oleh Martin Odegaard berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol United, Altay Bayindir.

Pertarungan 90 minit di Stadium Emirates berakhir dengan keputusan 1-1 dan permainan diheret ke masa tambahan.

Walau bagaimanapun, masih tiada sebarang jaringan yang terhasil dalam tempoh 30 minit masa tambahan diberikan, memaksa aksi berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.

Keputusan akhir penentuan sepakan penalti menyaksikan Manchester United menang 5-3 dengan penyerang berbisa Arsenal, Kai Havertz diselamatkan oleh penjaga gol , Altay Bayindir.