3 pemain telah membuat keputusan untuk meninggalkan Kedah Darul Aman FC.
Muslm lalu menyaksikan pasukan kendalian Victor Andrag melalui pelbagai halangan sebelum menamatkan saingan di tangga ke-11 musim 2024/25.
Penyertaan Kedah DA dalam saingan Liga A1 Semi Pro menyaksikan beberapa pemain utama Sang Kenari memilih untuk membawa haluan baharu musim hadapan.
Perpindahan melibatkan lebih tiga tonggak utama Kedah Darul Aman mencuri perhatian apabila memilih untuk berhijrah ke pasukan tetangga, Penang FC.
Kapten pasukan, Akmal Zahir membuka langkah untuk menyertai Harimau Kumbang disusuli oleh dua lagi pemain, Amirul Hisyam dan Ariff Farhan.
“Penang FC dengan bangga mengumumkan Mohd Akmal bin Md Zahir, pertahanan tengah berpengalaman dari Alor Setar, Kedah untuk memperkukuh barisan pertahanan Harimau Kumbang bagi musim 2025–2026.
“Berusia 31 tahun, Akmal telah membuat lebih 50 penampilan bersama Kedah Darul Aman FC sejak 2022, termasuk 12 penampilan dalam Liga Super musim lalu,” ujar kenyataan Penang FC.
Pasukan Utara tanah air itu bagaimanapun melengkapkan satu lagi perpindahan pemain tengah, Amirul Hisham sebagai pemain keempat dari Kedah bagi musim baharu.
“Penang mengumumkan kehadiran Amirul Hisyam Awang Kechik, pemain tengah berpengalaman dari Pendang, Kedah yang kini bersedia menggalas cabaran baharu bersama Harimau Kumbang bagi musim 2025–2026.
“Kisah perjalanan Amirul bermula sejak usia 16 tahun apabila terpilih menyertai skuad Malaysia B-17, diikuti dengan kemunculan konsisten bersama Harimau Muda B dalam kancah bola sepak remaja negara,” tambah kenyataan tersebut.
Saingan Liga Super Malaysia 2025-26 dijangka bermula pada bulan Ogos ini dengan kehadiran pasukan Brunei DPMM telah disahkan oleh MFL bakal menghangatkan kancah bola sepak negara.