Advertising
3 Pemain Eropah Nafi Ada Darah Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

3 pemain yang berpangkalan di Eropah telah menafikan pertalian darah dengan Malaysia.

Usaha untuk memantapkan persiapan pasukan kebangsaan giat dijalankan selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan, Rob Friend memaklumkan mengenai proses pemain warisan yang sedang dilaksanakan.

Ad

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

Ad

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac.

“Ini bagi memastikan Malaysia mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Ad

Khabar itu bagaimanapun disusuli dengan beberapa perkembangan pemain yang dikaitkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Ad

Penyerang kelahiran Belanda, Ferdy Druijf tampil sebagai pemain terbaru yang menafikan hubungan salasilahnya dengan Malaysia.

Ad

”Ya, ini agak gila sebenarnya, saya kena jujur. Satu akaun di Instagram tiba-tiba muncul dengan (khabar angin memiliki darah Malaysia) itu,” cerita Druijf kepada hos temu bual itu.

Pemain berusia 26 tahun itu juga mengakui terkejut dengan pertambahan bilangan pengikut di media sosialnya secara drastik.

“Kemudian, saya tak buat apa-apa tentang itu, tetapi semua orang telah sebarkan hal ini dan saya benar-benar mendapat pertambahan pengikut di Instagram.

Sebelum ini, sudah ada dua pemain yang menafikan berita mengenai pertalian darah mereka dengan Malaysia iaitu Isaac Hayden yang pernah membintangi Newcastle United.

Selain itu, tonggak muda Belanda, Iggy Houben turut menafikan sebarang pertalian darah sekaligus menyaksikan kelibatnya bersama Harimau Malaya tidak menjadi kenyataan.

“Malaysia? Nenek kami 100 peratus berasal dari Limburg, (Belanda),” tulis ibunya iaitu Marielle Houben di laman Facebook.

Ujian sulung Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments