3 Pemain Filipina Yang Bakal ‘Menyusahkan’ Pemain Malaysia Jaringkan Gol
Blog
IG theazkalsph / photographer.sports
Advertisements

Perlawanan persahabatan antara Malaysia berdepan Filipina malam ini pastinya akan menjadi perhatian ramai. Para peminat sukan bola sepak terutamanya di Malaysia mahu melihat kemampuan pemain negara di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon.

Namun jika diteliti, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang hampir sama dan hanya ranking yang membezakan kedua-dua pasukan. Filipina berada di ranking ke-129 dunia jauh di atas Malaysia yang kini berada di ranking ke-154 dunia.

Pemain negara perlu lebih agresif dalam mencari gol malam ini kerana dijangka tiga pemain Filipina ini akan mendatangkan kesukaran buat pemain Harimau Malaya dalam mencetak gol.

Advertisements
  • Neil Etheridge (Penjaga Gol)

Penjaga gol berusia yang berketinggian 188 cm ini merupakan aset paling bernilai buat Filipina. Berusia 32 tahun, beliau kini beraksi bersama kelab yang berpangkalan di England iaitu Birmingham City.

Walaupun kelab yang beliau wakili beraksi di kasta kedua Liga England, namun pengalaman yang dimiliki Etheridge pastinya dapat membantu pasukan Filipina dalam mengekang segala serangan dari pemain Malaysia.

Mengikut rekod, Etheridge merupakan pemain utama Birmingham City musim ini. Beliau sudah diturunkan sebanyak 18 kali dan telah mengumpul 3 ‘clean sheet’. Namun begitu, gawang yang dijaga beliau telah dibolosi sebanyak 32 kali dalam kesemua pertandingan.

Advertisements
  • Amani Aguinaldo (Pertahanan Tengah)

Pemain ini sangat terkenal dengan corak permainan yang sangat agresif. Aguinaldo dahulunya pernah beraksi bersama kelab PKNP FC di Liga Malaysia. Namun banyak perubahan yang dapat disaksikan kepada pemain ini selepas beliau meninggalkan Malaysia.

Pemain ini mempunyai kelebihan dengan terjahan-terjahan keras dan dalam masa yang sama beliau juga memiliki fizikal yang tegap yang akan memberikan kekuatan dalam mencabar pemain Harimau Malaya untuk memegang bola.

Untuk rekod, pemain yang beraksi untuk Nongbua Pitchaya FC di Liga Thailand ini telah bermain 17 kali bersama kelab beliau dengan mengumpul 911 minit permainan.

Advertisements

John Patrick Strauss (Pertahanan Kanan)

Pemain ini bukan biasa-biasa. Pernah menyarung jersi RB Leipzig namun selepas gagal menembusi ke skuad utama, beliau kini memilih untuk beraksi di Liga Divisyen 2 Jerman bersama FC Erzgebirge Aue.

Walaupun pasukannya berada di kelompok bawahan liga, namun beliau merupakan pemain utama dalam pasukannya.

Advertisements

Untuk rekod, pemain yang sudah mengumpul 12 kaps untuk Filipina ini telah beraksi 25 kali untuk kelabnya FC Erzgebirge Aue dan menghasilkan 1 bantuan gol.

Walaupun kita sedar Filipina mempunyai ramai pemain yang berkualiti, namun kita perlu positif dengan kemampuan skuad baharu Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Tidak kira apa jua keputusannya nanti, semua pihak perlu menerimanya dengan hati yang terbuka dan diharapkan pemain-pemain negara mampu tampil dengan aksi yang bertenaga dan berkualiti. Selamanya Harimau Malaya!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram