3 pemain luar negara mendapat panggilan untuk memperkuat Malaysia bagi aksi persahabatan bulan Oktober ini.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0.
Harimau Malaya dijadualkan berdepan pasukan ke-95 dunia, New Zealand dengan aksi bakal berlangsung di Auckland pada 14 Oktober 2024.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah mengumumkan senarai 27 orang pemain ke kem latihan kebangsaan dengan beberapa muka baharu berjaya mendapat tempat.
Dua pemain Malaysia B-20, Haziq Aiman dan Haykal Danish mendapat kepercayaan untuk berada dalam senarai akhir manakala penjaga gol Selangor FC, Azim Al-Amin antara watak baharu dalam skuad kebangsaan.
Dua lagi pemain yang berpangkalan di luar negara iaitu kapten Harimau Malaya, Dion Cools dan juga pemain Ho Chi Minh City, Endrick Dos Santos bakal menggalas cabaran negara.
Seorang lagi penyerang muda yang beraksi di Thailand, Fergus Tierney mendapat tempat dalam senarai bersedia skuad kebangsaan.
Barisan pemain Harimau Malaya akan berlepas ke Auckland pada 6 Oktober 2024 bagi menjalani kem latihan pusat selama seminggu di sana.
Ini sebagai persediaan bagi menghadapi perlawanan menentang New Zealand pada 14 Oktober 2024 dan kembali ke tanah air, hari berikutnya.