3 Pemain Manchester United Ucap Selamat Tinggal Pada Old Trafford
Dunia
Getty Images
Advertisements

Umum mengetahui bahawa beberapa pemain Manchester United akan meninggalkan pasukan tersebut pada akhir musim ini setelah tidak memperbaharui kontrak mereka. Dalam perlawanan menentang Brentford semalam, 3 pemain yang diturunkan mengucapkan selamat tinggal pada gelanggang keramat Old Trafford setelah tamat perlawanan.

Juan Mata, Nemanja Matic serta Edinson Cavani mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal pada penyokong Manchester United dan turut melambai serta memberikan tepukan sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka selama ini.

Juan Mata yang telah 8 tahun bersama United bakal meninggalkan pasukan secara percuma. Nemanja Matic pula telah mengumumkan akan berpindah keluar pada akhir musim pada usia 33 tahun. Edinson Cavani belum lagi menetapkan kelab seterusnya namun beliau telah menyatakan ini merupakan musim terakhir beliau bersama United.

Advertisements

Ketiga-tiga pemain tersebut telah menjangkau usia lebih 30 tahun dan United melihat mereka tidak lagi menjadi pemain penting bagi musim hadapan. Walaupun sudah jarang menjadi pemain utama sejak kebelakangan ini, namun ketiga-tiga pemain tersebut tetap menjadi kesukaan penyokong kerana dedikasi serta komitmen mereka pada kelab.

United kini merancang untuk membawa masuk beberapa pemain baharu untuk musim hadapan dibawah kendalian pengurus baharu. Selain Mata, Matic dan Cavani, beberapa nama seperti Lingard, Pogba dan Phil Jones juga berkemungkinan akan meninggalkan United ada akhir musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram