Dunia
Sabah FC + BOLALOB.COM
Advertisements

Kelantan FC telah sah bakal mewarnai saingan Piala Malaysia 2021 apabila berjaya meraih slot keempat pasukan Liga Premier dengan menamatkan liga ditangga ke-6. Pasukan yang diberi jolokan The Red Warrior ini bakal menentang PJ City FC, Sabah FC serta juara Liga Super 2021, Johor DT FC.

Antara perkara menarik dalam kumpulan D Piala Malaysia 2021 ialah kumpulan ini bakal mempertemukan 3 pemain muda kelahiran Indonesia dari kelab yang berlainan. Natanael Siringo Ringo merupakan pemain Kelantan FC, Saddil Ramdani pula pemain Sabah FC manakala Syahrian Abimanyu bermain untuk Johor DT FC.

abi 3 Pemain Muda Indonesia Bakal Dipertemukan Dalam Kumpulan D Piala Malaysia 2021
Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Ketiga-tiga pemain ini mempunyai umur yang sama iaitu baru berusia 22 tahun. Syahrian Abimanyu bermain sebagai pemain tengah manakala Ringo dan Saddil merupakan pemain sayap dimana Ringo lebih dominan dibahagian kanan dan Saddil pula dibahagian kiri sayap pasukan.

Advertisements

Untuk rekod, Saddil dan Ringo berjaya menjaringkan 3 gol buat pasukan masing-masing dalam saingan liga. Pertemuan ini pasti mengujakan para penyokong terutamanya penyokong daripada Indonesia apabila pemain-pemain muda mereka bakal berentap dalam Piala Malaysia 2021.

Gambar dari Facebook Sabah Football Club

Malah Saddil juga bakal bermain dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee selaku ketua jurulatih Sabah FC yang baru. Selain 3 pasukan ini yang memiliki pemain dari Indonesia, PJ City yang mengamalkan polisi Yakini Lokal pula bakal bersaing dengan 100% pemain kelahiran tempatan.  

Selain mereka bertiga, seorang lagi pemain Indonesia yang turut beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2021 ialah Ryuji Utomo yang bermain bersama Penang FC. Namun Penang FC berada dalam kumpulan A.

Advertisements
Gambar dari Facebook TRW Kelantan FC

Sukar untuk membandingkan kehebatan antara mereka kerana ketiga-tiga mereka beraksi diposisi yang berbeza malah keempat-empat kelab juga tidak berada dalam liga yang sama apabila Kelantan FC beraksi dalam Liga Premier musim ini.

Namun para penyokong pastinya ternanti-nanti pertemuan antara mereka dalam membantu pasukan masing-masing melayakkan diri ke peringkat kalah mati Piala Malaysia 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram