3 Penyerang Tempatan Paling Menyerlah Dalam Saingan Liga Malaysia Setakat Ini
Dunia
MFL
Advertisements

Walaupun nama penyerang import menguasai carta penjaring terbanyak, namun tumpuan kita sudah tentu untuk melihat nama penyerang tempatan terselit sekali dalam senarai tersebut.

Ini kerana prestasi semasa penyerang tempatan adalah sangat diperlukan oleh pengendali Harimau Malaya , Kim Pan-gon untuk dibawa ke aksi Kelayakan Piala Asia Jun nanti.

Setakat ini, terdapat tiga penyerang tempatan yang menyerlah dan sudah tersenarai dalam carta penjaring terbanyak Liga Super mahupun Liga Perdana.

Advertisements
  • Darren Lok

Penyerang berbisa Petaling Jaya City FC (PJ City) ini merupakan pemain kacukan England-Malaysia. Setakat ini, Darren merupakan penjaring terbanyak tempatan Liga Super setakat ini. Beliau sudah meledak 4 gol keseluruhan dalam 6 penampilan liga.

Darren bukan sahaja berbisa di hadapan gol, beliau juga kini berjaya menyumbang 2 bantuan gol buat pasukannya. Kali terakhir Darren menyarung jersi negara adalah pada tahun 2017 yang menyaksikan Malaysia tewas kepada Hong Kong 0-2.

Ketika itu, Nelo Vingada merupakan jurulatih Malaysia manakala Kim Pan-gon menjadi pengendali pasukan Hong Kong.

Advertisements
  • Amri Yahyah

Penyerang Sabah FC ini boleh dikategorikan sebagai pemain veteran kerana sudah menjangkau umur 41 tahun pada tahun ini. Namun beliau membuktikan umur hanyalah sekadar angka. Amri setakat ini sudah meledak 3 gol dalam 5 penampilan bagi saingan Liga Super.

Tiga gol yang dijaringkan Amri adalah ketika meledak hatrik dalam pertemuan menentang pasukan Kedah Darul Aman FC. Beliau ditugaskan menjadi penyerang utama pasukan Sabah untuk menggantikan Neto Pessoa yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan hatrik dari Amri Yahyah itu bakal menjadi rekod selaku pemain paling berusia meledak hatrik di Liga Malaysia dan tidak mungkin dipecahkan pada masa akan datang.

Advertisements

Kali terakhir Amri menyarung jersi negara adalah pada tahun 2017 ketika Malaysia tewas 1-2 kepada pasukan Lubnan.

  • Nurshamil Abd Ghani

Walaupun 3 penyerang import ditandatangani Kelantan FC musim ini, namun itu bukanlah menjadi penghalang penyerang berusia 27 tahun ini untuk menyerlah.

Nurshamil kini sudah berjaya meledak 4 gol dalam saingan Liga Perdana sekali gus beliau kini merupakan penjaring terbanyak tempatan dalam kasta kedua Liga Malaysia itu.

Advertisements

Pada musim lepas beliau dinobat sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana bagi kategori penyerang tempatan dengan sembilan gol dan beliau juga menyimpan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya satu hari nanti.

Ketiga-tiga penyerang tempatan ini merupakan antara penyerang yang paling menyerlah setakat ini dalam saingan Liga Malaysia. Kecemerlangan mereka telah menenggelamkan nama penyerang-penyerang tempatan mahupun naturalisasi yang lain seperti Shahrel Fikri, Syafiq Ahmad dan penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula.

Pastinya jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon sudah mempunyai nama penyerang yang akan membawa cabaran negara pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 Jun nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram