3 Perkara Yang Dirisaukan Penyokong Mengenai Liga Super 2023
Blog
MFL
Advertisements

Baru-baru ini arena bola sepak negara dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat Malaysian Football League (MFL) berkenaan struktur Liga Malaysia yang berubah pada tahun hadapan.

Antara yang diumumkan adalah membenarkan semua pasukan Liga Super mendaftarkan 9 pemain import. Daripada 9 pemain import yang dibenarkan untuk didaftarkan namun begitu hanya 5 orang pemain import sahaja dibenarkan untuk beraksi dalam satu satu masa dengan peraturan (3+1+1) diguna pakai.

Bukan itu sahaja, seorang lagi pemain import dibenarkan untuk berada di bangku simpanan sekaligus menyaksikan seramai 6 pemain import boleh didaftarkan dalam satu perlawanan. Melalui tinjauan dari ruangan komen laman facebook rasmi MFL, penyokong mula risau mengenai beberapa perkara yang dijangka akan terjadi di Liga Super 2023.

Advertisements

Liga akan didominasi pasukan kaya

Semestinya perkara ini akan berlaku seperti beberapa liga-liga di eropah. Pasukan yang kaya dan memiliki dana yang banyak semestinya akan berada di puncak liga lebih-lebih lagi jika pasukan tersebut memiliki pemain-pemain kacukan dan naturalisasi.

Manakala pasukan yang kurang dari segi dana sudah tentu memerlukan usaha yang luar biasa untuk memberi saingan kepada pasukan yang kaya. Hanya taktikal yang ampuh dan semangat juang yang tinggi dapat membantu pasukan-pasukan kerdil ini mencipta kejutan pada saingan tahun hadapan.

Advertisements

Masalah gaji akan lebih kerap timbul

Untuk membentuk sebuah pasukan yang baik, seharusnya pihak kelab perlu ‘mengukur baju di badan sendiri’. Ini kerana terlebih dalam berbelanja pasti akan menjerat para pemain yang bermati-matian beraksi untuk pasukan.

Walaupun setiap musim timbul masalah kelewatan gaji, namun begitu segalanya mampu untuk dielak jika pasukan mampu menggaji pemain import yang lebih rendah kadar gajinya.

Advertisements

Masalah ini sangat dirisaukan oleh penyokong andai ada kelab-kelab gagal membayar gaji gara-gara tumpuan lebih diberikan untuk menandatangani 9 pemain import.

Peluang pemain muda beraksi di Liga Super

Umum mengetahui bahawa MFL telah mencipta Liga Simpanan Bawah 23 (B-23). Kebanyakan pemain bawah 23 tahun akan beraksi di Liga Simpanan ini sekaligus ianya akan mengurangkan tahap cabaran yang akan diharungi yang kita tahu tidak seperti di Liga Super.

Advertisements

Namun begitu, kewujuan Liga Simpanan B-23 ini turut mendapat pujian apabila pemain-pemain muda berpeluang untuk mendapatkan minit permainan selain menonjolkan bakat yang mereka ada sekaligus mencerahkan peluang untuk dinaikkan ke pasukan Liga Super.

Ketiga-tiga perkara ini sudah tentu sudah diperhalusi sebelum MFL membuat pengumuman mengenai struktur baru Liga Malaysia baru-baru ini. Apa-apa pun, teruskan menyokong Liga Malaysia dan diharapkan tiada lagi masalah gaji yang timbul pada tahun-tahun mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram