3 Perlawanan Kemarau Gol, Taring Ifedayo Olusegun ‘Tertinggal’ Di Selangor?
Dunia
melakautdfc_official
Advertisements

Seorang penyerang sangat sinonim dengan jaringan gol. Sentiasa akan dikaitkan dengan isu berapa gol yang mereka jaringkan setiap musim.

Itu yang terjadi kepada pemain import Melaka United, Ifedayo Olusegun. Ifedayo merupakan ayam tambatan pasukan Selangor FC musim lepas. Beliau dilabel sebagai penyerang paling berbisa yang pernah dimiliki Selangor FC.

Ifedayo telah meledak 25 gol musim lepas yang menyaksikan memecahkan rekod terdahulu milik bekas pemain Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Mohamad Ghaddar dengan 23 gol pada 2017.

Advertisements

Namun sebaliknya berlaku untuk musim ini bersama Melaka United. Ifedayo telah diturunkan dalam 3 perlawanan dalam kesebelasan utama Melaka United di mana beliau diturunkan dalam 2 penampilan Liga Super dan 1 penampilan Piala FA.

Sehingga kini, beliau masih buntu untuk mencetak gol dalam 3 perlawanan. Walaupun liga baru sahaja bermula, namun peminat Melaka United ternyata risau dengan keadaan ini dan berharap kemarau gol Ifedayo dapat ditamatkan segera sekaligus membantu pasukan dalam mencipta kemenangan.

Sebaliknya penyerang tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Matyo lebih mengancam dengan baru sahaja menjaringkan 2 gol dalam perlawanan Piala FA menentang PIB FC semalam.

Advertisements

Selain kemarau gol yang menimpa Ifedayo, peminat juga risau mengenai corak permainan Melaka United di bawah kendalian jurulatih baharu, Risto Vidakovic. Pemain-pemain Melaka United dilihat buntu untuk melancarkan serangan dan dilihat kurang kreativiti di atas padang.

Untuk rekod, Ifedayo telah mengumpul 212 minit permainan tanpa sebarang gol musim ini bersama Melaka United. Manakala Melaka United pula masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan selepas 2 perlawanan dan hanya mampu memngutip 1 mata hasil keputusan seri menentang Penang FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram