3 Sebab Utama Ini Dikatakan Menjadi Punca Kekalahan Mudah Selangor Di Tangan Terengganu
Blog
MFL
Advertisements

Kekalahan 0-2 kepada Terengganu FC semalam menyaksikan rekod tanpa kalah Selangor FC dalam Liga Super lebur. Lebih menyedihkan adalah, prestasi pemain Selangor semalam berada di bawah kemampuan sebenar.

Gol Faisal Halim dan penalti Tchetche Kipre sudah cukup untuk membuatkan Selangor pulang dengan tangan kosong.

Rata-rata penyokong Selangor dilihat meluahkan apa yang terbuku di hati mereka melalui komen-komen di laman Facebook rasmi pasukan Selangor. Namun begitu, penulis tertarik untuk merumuskan setiap komen berbentuk ilmiah yang diberikan oleh para penyokong.

Advertisements

Daripada komen-komen yang diberikan, tiga punca utama dikenalpasti menjadi sebab kekalahan kepada Terengganu di Gong Badak semalam.

  • Pertahanan Selangor Mudah Dilepasi Pemain Terengganu

Seperti yang diketahui, pasukan Terengganu memiliki pemain-pemain yang mempunyai larian yang laju seperti Syafik Ismail, Faisal Halim dan Hakimi Abdullah.

Kelajuan yang dimiliki pemain-pemain ini digunakan dengan sebaiknya untuk melepasi pertahanan Selangor yang dilihat beraksi kurang baik semalam.

Advertisements

Gol Penalti yang dijaringkan Kipre juga memperlihatkan pertahanan Selangor tidak berjaya mengekang kelajuan Syafik Ismail dan Yazan Al-Arab melakukan kesilapan apabila melakukan kekasaran kepada Syafik dalam kotak penalti.

  • Barisan Penyerang Selangor Gagal Berfungsi Semalam

Gandingan duo penyerang Selangor, Herlison Caion dan Shahrel Fikri dilihat langsung tidak merbahaya semalam. Kehadiran mereka dirantai kemas oleh barisan pertahanan Terengganu yang dilihat sangat berdisiplin.

Shahrel Fikri dikeluarkan pada waktu rehat dan digantikan dengan Syahir Bashah manakala Caion dikekalkan sehingga tamat perlawanan namun tiada gol yang berjaya dihasilkan.

Advertisements

Sepanjang 90 minit permainan boleh dikatakan barisan serangan Selangor dilihat tumpul dan gagal melakukan percubaan merbahaya ke gawang Terengganu.

  • Barisan Tengah Selangor Gagal Menyerlah Dan Kekurangan Idea

Gandingan trio di bahagian tengah Selangor iaitu Mukhairi Ajmal, Alex Agyarkwa dan Baha’ Abdulrahman dilihat tidak begitu menjadi semalam.

Mukhairi Ajmal dan Agyarkwa yang bertindak selalunya bertidak sebagai ‘playmaker’ juga gagal memberikan umpanan-umpanan terbaik kepada barisan penyerang mereka.

Advertisements

Barisan tengah Terengganu yang diketuai Habib Haroon dan Manuel Ott pula beraksi dengan baik semalam apabila mematikan gerak serangan dari bahagian tengah Selangor.

Kesimpulan

Tiga punca ini dikatakan membawa kepada kekalahan 0-2 Selangor di tangan Terengganu semalam. Ianya sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama Selangor dalam saingan Liga Super musim ini. Selangor kini berada di tangga ke-8 liga dengan 5 mata.

Selepas ini Liga Super akan berehat panjang kerana beberapa agenda pasukan kebangsaan. Selangor bakal menyambung saingan Liga Super pada 19 Jun nanti berdepan Sarawak United. Tempoh rehat panjang ini pastinya akan digunakan sebaik mungkin untuk memantapkan lagi pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram