4 Bintang Terengganu Bakal Ikut Langkah Nafuzi Zain
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Berita mengenai situasi semasa ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain sudah pun diketahui umum.

Menerusi satu pengumuman rasmi oleh beliau sendiri, Nafuzi telah pun menyatakan secara terbuka bahawa musim ini mungkin menjadi musim terakhir bersama Terengganu.

Beliau yang sudah memasuki musim ketiga bersama pasukan dari Pantai Timur itu difahamkan mahu membawa haluan baharu bagi memperoleh cabaran dan pengalaman dalam karier kejurulatihannya.

Advertisements

Lebih mengejutkan, pemergian jurulatih kelahiran Kelantan ini dikatakan bakal disusuli oleh 4 orang pemain bintang utama pasukan bersamanya.

Menerusi satu kenyataan oleh pemerhati bebas, Piang Shankly, beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa pemain utama kelab akan turut mengikut Nafuzi Zain sekiranya beliau benar-benar angkat kaki.

Sungguhpun masih tiada kata putus sebenar mengenai masa depan Nafuzi, masa depan pemain Terengganu ketika ini juga masih tidak dapat dipastikan.

Advertisements

4 orang pemain yang dimaksudkan itu adalah pemain sayap lincah, Faisal Halim dan 3 orang pemain import pasukan iaitu Petrus Shetimbi, Manuel Ott dan juga Habib Haroon.

Mereka yang menjadi tunjang kepada kemenjadian pasukan mungkin terus ditagih Nafuzi bersama kelab baharunya nanti.

Ketika ini, terdapat pelbagai khabar angin yang menyuarakan bahawa bekas penyerang Terengganu ini mungkin akal membimbing pasukan dari utara tanah air namun berita ini masih belum dapat dipastikan.

Advertisements

Terengganu dan Nafuzi kini sedang memburu slot untuk ke Asia musim hadapam sambil berharap dapat mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram