4 Calon Jurulatih Selangor Tertiris, Miliki Aura Hebat Di Asia
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

4 orang jurulatih berprofil tinggi mula disebut-sebut untuk mengisi posisi selaku jurulatih baharu Selangor bagi musim 2024/25.

Semuanya bermula apabila ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memilih untuk berpisah dengan The Red Giants dan berkelana di Thailand bersama Police Tero.

Keadaan ini memaksa pasukan untuk melantik pengendali sementara, Nidzam Jamil yang juga merupakan penolong jurulatih sejak tiga tahun lalu.

Advertisements

Menerusi satu temu bual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal, beliau memberi bayangan mengenai calon jurulatih baharu pasukan.

Beliau memberitahu bahawa pasukan ada menerima resume daripada bekas pengendali Thailand, Mano Polking namun jurulatih kelahiran Brazil itu terkeluar daripada senarai akhir yang dipilih.

“Kita ada menerima resume daripada Mano Polking tetapi kita tidak meletakkannnya dalam senarai 4 jurulatih yang disenarai pendek.”

Advertisements

“Jurulatih yang disenarai pendek hanyalah 4 orang, tiga daripadanya adalah jurulatih import dan seorang jurulatih tempatan.”

Namun begitu, tiga jurulatih yang dimaksudkan itu adalah pengendali berpengalaman di Asia namun tiada calon dari Asia Tenggara.

“Satu jurulatih tempatan dan tiga jurulatih asing. Calon ini sudah biasa di Asia namun tidak dari Asean,” ujar Johan Kamal kepada Astro Arena.

Advertisements

Ketika ini, terdapat banyak nama pengendali yang masih berstatus bebas terutamanya nama besar seperti pengendali Tajikistan, Petar Sergt dengan beberapa jurulatih difahamkan bakal meninggalkan posisi seperti jurulatih Jordan, Hussein Ammouta.

Selangor memerlukan watak hebat untuk mengemudi pasukan selepas menempah slot ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bagi musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram