Advertising
4 Fakta Menarik Jurulatih Baharu Lee Zii Jia
UltraSukan
UltraSukan
Team LZJ

Ini 4 perkara menarik mengenai jurulatih baharu pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia iaitu Yeoh Kay Bin.

Pada Rabu, pihak pengurusan Zii Jia, Team LZJ dengan suka cita mengumumkan pelantikan Yeoh Kay Bin selaku jurulatih baharu bagi mengambil alih tugas Wong Tat Meng sebelum ini.

Ad

Tat Meng mengambil keputusan untuk berpisah dengan Lee Zii Jia setelah hampir 17 bulan bersama bagi memberi fokus untuk fasa baharu dalam karier jurulatih berusia 57 tahun itu.

Ad

Di sebalik pelantikan ini, ramai peminat yang tertanya-tanya mengenai latar belakang sosok jurulatih kelahiran Perak ini dan ini 4 fakta yang menarik mengenai Yeoh Kay Bin.

1- Bekas Naib Juara Kejohanan Remaja Dunia

Ad

Kay Bin merupakan antara prospek muda negara suatu ketika dahulu apabila memperoleh tempat kedua Kejohanan Remaja Dunia 1998 di Melbourne, Australia setelah tumpas di tangan pemain China, Zhang Yang.

Ad

2- Miliki Dua Gelaran Juara

Ad

Sebagai pemain, Kay Bin miliki rekod 2 gelaran juara setelah memenangi kejohanan India Satellite pada tahun 2003 dan juga Romanian International pada tahun 2010.

3- Pernah Berguru Dengan Jurulatih Lagenda China, Li Mao.

Setelah bersara sebagai pemain, Kay Bin berkhidmat sebagai pembantu jurulatih buat Li Mao di Shenzhen, China selama 7 tahun sebelum kembali ke Malaysia pada tahun 2021.

4- Mempunyai Akademi Badminton Sejak 2009

Pada tahun 2009, Kay Bin bersama dua lagi rakan, Krishnan Yogendran dan R. Manojkumar membuka sebuah akademi iaitu New Vision Badminton Academy dan bertugas selaku jurulatih di sana.

Kay Bin bakal memulakan tugas dengan membantu Lee Zii Jia melakukan persiapan menjelang Kalendar Jelajah Dunia BWF musim 2025 yang bakal bermula tidak lama lagi.