Advertising
Status Lee Zii Jia Meresahkan
UltraSukan
Victor Malaysia

Status kecergasan terkini jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meresahkan peminat badminton Malaysia.

Sebelum ini, pemain nombor lapan dunia itu terpaksa menarik diri daripada kempen BWF World Tour Finals 2024 di Hangzhou, China baru-baru ini.

Ad

Ini selepas Zii Jia tidak dapat meneruskan permainan akibat kecederaan ketika menentang jaguh perseorangan lelaki China, Li Shi Feng dalam aksi terakhir Kumpulan A.

Ad

Keputusan tersebut turut menyaksikan penyertaan beliau dalam saingan BWF World Tour Finals 2024 dibatalkan mengikut peraturan badan induk badminton dunia itu.

Susulan itu, ramai orang termasuk pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2024, Viktor Axelsen mendoakan agar Zii Jia cepat sembuh.

Ad

Kini, pasukan pengurusan beliau, Team Lee Zii Jia (Team LZJ) memaklumkan beliau mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan. Ini berdasarkan rawatan awal dan imbasan yang dibuat di Hangzhou dan di Malaysia.

Ad

Team LZJ turut memaklumkan kecederaan yang dialami pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.

Ad

“Keutamaan pasukan ialah membantu Zii Jia kembali sihat dan berada dalam keadaan fizikal yang terbaik sebelum beliau kembali ke gelanggang.

“Justeru, program latihan dan pelan kejohanan Zii Jia untuk musim akan datang bakal berdasarkan penilaian pasukan dan nasihat pakar perubatan,” katanya di X.

Ramai peminat badminton negara berharap kecederaan yang dialaminya tidak terlalu serius. Ini kerana saingan pertama tahun 2025 bakal berlangsung tidak lama lagi.

Saingan yang dimaksudkan ialah saingan Petronas Malaysia Open 2025. Kejohanan ini bakal berlangsung dari 7 hingga 12 Januari 2025.