Blog
Advertisements

Disebalik kemenangan Malaysia terhadap Indonesia, Malaysia sebenarnya terlalu banyak melakukan kesilapan dalam perlawanan ini. Pujian juga harus diberikan kepada pihak lawan yang berjaya menyerap tekanan walaupun tewas.

Berikut kami senaraikan 4 kesilapan besar yang dilakukan pemain Malaysia dan kesilapan-kesilapan ini boleh mempengaruhi keputusan perlawanan sekiranya dipandang ringan kem negara.

1- Akhyar Hilang Arah

Hampir keseluruhan permainan Akhyar sedikit mengecewakan. Akhyar perlu bangkit dan mengimbangi di antara skil individu dan taktikal permainan.

Advertisements
akhyar rashid 4 Kesilapan Besar Pemain Malaysia Yang Wajar Diberikan Perhatian
Akhyar masih bergelut mencari rentak terbaik dalam kem negara.

Berdasarkan pemerhatian kami, Akhyar cuba mengelak dari terlalu kerap memegang bola dalam perlawanan ini (satu tindakan yang positif) namun tindakannya yang kerap menghantar bola ke belakang menunjukkan beliau seolah-olah gugup dan tidak mahu melakukan kesilapan.

Akhyar perlu mencontohi bagaimana Omar Abdulrahman (pemain sensasi UAE) mengimbangi skil individunya dengan taktikal permainan.

Kami berpendapat, Akhyar perlu memperbanyakkan latihan One-Touch Football dan segera mencari keserasian bersama pasukan.

Advertisements

2- Sikap Tidak Percaya Sumareh

Sumareh memang mampu mengubah permainan. Beliau mampu memberikan jaringan dan juga mampu membantu pasukan menyerang dan bertahan namun sikap Sumareh sejak kali pertama bermain bersama Malaysia masih sama.

Beliau kurang mempercayai ahli pasukannya dan acap kali bertindak sendirian sehinggalah beliau yakin bola itu mampu mara kehadapan.

Sikap seperti ini boleh merugikan pasukan untuk jangka masa panjang. Sumareh perlu memberikan kepercayaan kepada sesiapapun yang bermain bersamanya dan perlu pantas membuat hantaran.

Advertisements

3- Kesilapan Farizal

Disebalik aksi cemerlangnya membatalkan sepakan penalti pihak lawan, Farizal juga nyaris-nyaris menghukum pasukannya sendiri apabila gagal menepis bola yang melalui hadapannya dengan baik.

Aidil menegur Farizal yang tidak menepis bola keluar dari kawasan permainan.

Aidil Zafuan berpendapat, bola tersebut harus ditepis keluar dari permainan dan bukannya ditepis kembali ke dalam dan kami bersetuju dengan tindakan Aidil supaya Farizal bangkit dari kesilapan ini.

4- Keghairahan Corbin Ong Hampir Mengundang Padah

Selepas Farizal menyelamatkan sepakan penalti, Corbin Ong bertindak memeluk Farizal yang masih memegang bola tersebut.

Advertisements

Bola masih dalam permainan dan tangan Corbin nyaris-nyaris terkena bola. Keadaan ini memberikan risiko sepakan percuma dalam kotak penalti sekiranya pengadil membuat keputusan begitu.

Diharapkan selepas ini Corbin Ong dan mana-mana pemain sekalipun agar tidak terlalu ghairah memeluk penjaga gawang selepas penalti berjaya diselamatkan.

……

Walaubagaimanapun, Tahniah diucapkan buat pasukan negara dan diharapkan Malaysia terus maju jaya!

Lihat Rangkuman Aksi Perlawanan Malaysia – Indonesia Di Bawah:

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram