4 Penaja Baru Berminat Taja KL City Musim 2023
Dunia
Syafiq Freman / MakanBola
Advertisements

Finalis Piala AFC 2022, KL City FC memaklumkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 4 syarikat swasta yang berminat untuk menjadi penaja pasukan pada musim hadapan.

Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad dalam satu sidang media di Stadium Cheras hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa keempat-empat syarikat ini menunjukkan minat yang cukup baik susulan persembahan memberangsangkan anak didik Bojan Hodak sejak dua musim kebelakangan ini.

Advertisements

Katanya, perkara ini merupakan satu perkembangan yang cukup baik buat kelab selain dapat menstabilkan kedudukan kewangan untuk terus bersaing dalam saingan Liga Super musim hadapan.

 “Setakat ini sudah ada empat syarikat swasta yang sudah pun berhubung dengan kami dan bertanyakan rate mereka.”

“Tapi sudah tentu ada syarikat yang bila kita sertakan kertas kerja mereka agak terkejut, bagi yang sudah biasa dengan iklan ini sudah tentu tahu harganya.”

Advertisements

Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat perbezaan harga yang ditawarkan pada setiap bahagian baju untuk penaja yang mahu memaparkan jenama mereka pada jersi KL City.

Khalid melihat ini sebagai salah satu usaha beliau untuk memantapkan lagi pasukan dan mendapatkan dana yang mencukupi selain ada tawaran untuk pasukan melabur dalam perniagaan bagi menjana keuntungan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram