Selepas tumpas 0-2 ditangan pasukan Melaka United sebentar tadi, ultraSel telah ‘menghadiahkan’ satu chant untuk pemain dan pengurusan pasukan Selangor untuk menyatakan kekecewaan mereka atas apa yang sudah berlaku sejak sekian lama.
Tonton chant ultraSel yang dipetik dari ciapan laman sosial Twitter dibawah.
Lirik chant ultraSel sejurus tamat perlawanan bertemu Melaka United sebentar tadi.
Oh Selangor,
Apa yang kau buat?,
Oh Selangor,
Apa yang kau buat?
4 tahun main macam setan,
Itu pun kau tak perasan,
Oh Selangor,
Apa yang kau buat?
Apa sudah jadi kepada pasukan Selangor sejak kebelakangan ini sebenarnya? Dimanakah silapnya, sehingga mereka kini semakin luntur gelaran sebagai gergasi pasukan bola sepak di Malaysia.