4 Wakil Malaysia Berpeluang Beraksi Di Liga Juara-juara AFC
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan dari Malaysia bakal memperoleh 4 slot ke saingan Liga Juara-Juara AFC susulan kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC mara ke pentas akhir Piala AFC Zon ASEAN bermula musim 2024.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Footy Rankings, laman ini mengesahkan mengenai perkhabaran ini sekaligus bakal menyaksikan pertambahan pasukan dari Malaysia dalam saingan pentas elit tersebut.

Kemenangan ke atas Viettel FC semalam telah memberi 0.512 mata tambahan buat Malaysia sekaligus membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 46.343 mata.

Malah, keputusan positif hasil daripada persembahan memberangsangkan KL City ini telah mengukuhkan kedudukan Malaysia selaku pasukan ke-4 di Asia Timur sekaligus mengesahkan 2 slot automatik dan juga 2 slot “play-off” pada saingan ACL musim 2024-2025.

Malaysia berpeluang menyaksikan 4 pasukan di pentas ACL sekiranya dua kelab yang beraksi di peringkat “play-off” itu berjaya ke peringkat kumpulan.

Ini sekaligus menyaksikan Malaysia mempertaruhkan 4 buah pasukan di pentas ACL pada musim berkenaan. 

Kedudukan Malaysia ini boleh dikatakan masih terjamin sungguhpun pasukan di tangga ke-6 Thailand berpeluang untuk memintas kedudukan negara, ia dianggap sukar kerana wakil tunggal mereka, BG Pathum United perlu layak ke pentas akhir.

Walau bagaimanapun, Malaysia masih boleh memperbaiki kedudukan dengan gergasi bola sepak Malaysia, JDT perlu mencatatkan kemenangan apabila turun berdepan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds 19 Ogos ini.

JDT ACL Footy 4 Wakil Malaysia Berpeluang Beraksi Di Liga Juara-juara AFC
Footy Rankings