Ads
“45 Pemain JDT Miliki Kualiti Yang Sama” – Brendan Gan
Liga Super
KL City FC

Pemain tengah KL City, Brendan Gan yakin Johor Darul Ta’zim (JDT) masih tetap pasukan pilihan meskipun kehilangan tonggak utama menjelang pertemuan dalam saingan Liga Super pada Sabtu.

Advertisements

Minggu lalu, bintang muda JDT, Arif Aiman menjadi kerisauan para peminat apabila namanya disisihkan akibat kecederaan ketika berdepan Negeri Sembilan sekaligus menyebabkan khidmatnya juga tidak dapat digunakan oleh skuad kebangsaan.

Advertisements

Selain itu, ayam tambatan JDT, Bergson Da Silva turut dilaporkan mengalami kecederaan ringan ketika aksi Liga Super minggu lalu namun masih tetap diturunkan ketika menentang Negeri Sembilan.

Advertisements
Advertisements

Oleh disebabkan itu, menurut Brendan, meskipun ketiadaan dua tonggak utama JDT tersebut, itu bukanlah satu kelebihan besar buat KL City bagi mendapatkan kemenangan mudah ke atas skuad Harimau Selatan itu.

Baginya, kesemua barisan pemain yang dibawa JDT memiliki kualiti yang setara dan sesiapa sahaja yang dibawa masuk mempunyai keupayaan tersendiri bagi menampung ketiadaan pemain lain.

Advertisements

”Tidak, saya tidak rasa (ketiadaan Arif Aiman dan Bergson) itu satu kelebihan buat kami. Mereka (JDT) mempunyai skuad sekitar 45 pemain yang boleh diganti dan siapa yang dibawa masuk memiliki kualiti seperti pemain lain,” katanya kepada Astro Arena dalam segmen Nadi Bola.

”Ya, betul Arif Aiman merupakan pemain yang hebat dan kehilangannya adalah kerugian yang besar namun mereka memiliki pemain yang berkualiti juga di posisi itu.”

Tambahnya lagi, KL City yang dibimbing oleh Miroslav Kuljanac akan tetap berwaspada dengan barisan pemain yang akan diturunkan oleh jurulatih JDT, Hector Bidoglio dan menjanjikan aksi yang menarik pada Sabtu nanti.

”Kami harus berwaspada dan bersedia dengan barisan pemain yang mereka (JDT) turunkan, jadi kami akan keluar ke padang dan berikan aksi yang menarik untuk ditonton oleh para peminat,” tambah pemain berusia 36 tahun itu.

Advertisements

Aksi Liga Super minggu ketiga menyaksikan naib juara Piala FA 2023, KL City bakal menerima kunjungan juara bertahan, JDT di Stadium Bola Sepak Cheras pada Sabtu dengan sepak mula dijadualkan pada jam 5.30 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram