Dunia
MyAnimeList
Advertisements

Anime mempunyai pelbagai genre seperti aksi, komedi, percintaan, pengembaraan, sukan dan lain-lain lagi. Antara contoh anime genre sukan yang terkenal ialah Haikyuu, Kuroko No Basket, Slam Dunk dan The Prince of Tennis. Namun terdapat juga anime yang bertemakan sukan bola sepak yang mendapat sambutan tinggi daripada penggemar anime seluruh dunia.

Berikut merupakan 5 anime bertemakan sukan bola sepak yang terkenal:

inazuma 5 Anime Terkenal Bertemakan Sukan Bola Sepak

1. Inazuma eleven

Advertisements

Anime ini bergenrekan pemain bola sepak yang mempunyai kuasa sewaktu bermain bola sepak. Berkisahkan tentang kelab bola sepak Raimon Middle School yang diancam untuk dibubarkan namun kapten pasukan yang turut merupakan penjaga gol, Mamoru Endou berazam untuk menghidupkan balik kelab tersebut. Inazuma Eleven mempunyai 2 jenis series utama iaitu Inazuma Eleven dan Inazuma Eleven GO.

2. Captain Tsubasa

Mereka yang bergelar kanak-kanak era awal tahun 2000 pastinya mengenali anime terkenal ini. Diterbitkan pada tahun 1983 lagi, Captain Tsubasa mengisahkan Tsubasa Oozora yang berusia 11 tahun yang amat meminati bola sepak. Tsubasa yang mempunyai cita-cita untuk menyeratai skuad kebangsaan Jepun dalam perlawanan Piala Dunia perlu berusaha dengan bertanding dalam perlawanan bola sepak sekolah. Malah anime ini turut di remake kembali pada tahun 2018.

Advertisements

3. Giant Killing

Anime pada tahun 2010 ini diterbitkan oleh Studio Deen. Giant Killing mengisahkan pasukan East Tokyo United (ETU) yang melantik jurulatih baharu, Tatsumi Takeshi setelah kelab tersebut beraksi buruk beberapa tahun kebelakangan. Dengan pelbagai cabaran seperti bajet rendah dan kekurangan pemain hebat, Takeshi perlu mengubah pasukan tersebut untuk memastikan pasukannya terus kekal beraksi di liga tertinggi Jepun.

4. The Knight in the Area

Advertisements

Mengisahkan adik beradik bernama Kakeru Aizawa dan Suguru Aizawa yang meminati bola sepak. Namun setelah mengalami sebuah kecederaan dalam satu perlawanan, Kakeru terpaksa melupakan hasrat menjadi pemain bola sepak dan kemudian beralih menjadi pengurus pasukan bola sepak manakala abangnya Suguru menjadi harapan untuk menyelamatkan bola sepak Jepun. Tanpa disangka, kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan tragik yang menyebabkan Suguru mendermakan jantungnya kepada Aizawa. Selepas insiden itu, Kakeru mempunyai satu misi iaitu untuk memenuhi impian abangnya.

5. Whistle!

Shou Kazamatsuri bercita-cita ingin menjadi pemain bola sepak profesional namun beliau masih perlu mengasah kemampuannya. Shou ayng berputus asa kemudian berpindah ke Sakura Jousui Junior High. Bersama rakan baharu dan keazaman yang tinggi, prestasi Shou berkembang dengan mendadak dan kini beliau hampir memenuhi cita-citanya.

Advertisements

Bonus: Blue Lock

Anime ini bakal keluar pada tahun 2022 setelah manga Blue Lock menerima sambutan hangat. Berkonsepkan survival ala-ala Squid Game, ianya mengisahkan sebuah program bernama Blue Lock yang menjemput 300 pemain bola sepak muda yang perlu melepasi setiap cabaran namun hanya akan ada seorang sahaja pemenang yang akan beraksi untuk pasukan negara Jepun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram