5 Debut Minggu Ini Buat Penyokong Berjaga Sampai Pagi
Dunia
Twitter: @madridnations, @teamcronaldo, @halflspaces, @totalfc
Advertisements

Aksi perlawanan bola sepak minggu ini merupakan antara yang terhangat apabila beberapa pemain yang baru sahaja menandatangi kontrak bersama kelab baharu mereka diberikan peluang beraksi. Penampilan pertama pemain-pemain bintang ini bersama pasukan pastinya dinanti-nantikan peminat.

Debut minggu ini menjadi bualan ramai penyokong bola sepak seluruh dunia apabila kelab kegemaran mereka masing-masing memiliki prospek terbaik untuk diturunkan. Antara nama-nama yang membuat debut ialah Cristiano Ronaldo, Saul Niguez, Eduardo Camavinga, Antoine Griezmann dan Takehiro Tomiyasu.

Cristiano Ronaldo

Advertisements

Perpindahan hangat pemain terbaik dunia ini menatijahkan keuntungan buat pasukan Red Devils. Berhijrah daripada Juventus, Ronaldo kini kembali ke kelab lamanya suatu ketika dahulu dan berjaya mendapatkan tiga mata penuh buat Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris tempoh hari. Bermain penuh selama 90 minit permainan, Ronaldo berjaya menjaringkan 2 gol ketika bertemu Newcastle United.

Saul Niguez

Bintang Sepanyol yang berusia 26 tahun ini telah diberikan kepercayaan Thomas Tuchel untuk mengisi skuad kesebelasasan utama Chelsea. Saul yang baru berhijrah dari Atletico Madrid dilihat masih mencuba untuk menyesuaikan diri dengan momentum permainan di EPL. Walau bagaimanapun, Saul berjaya membantu Chelsea menewaskan Aston Villa 3-0.

Advertisements

Antoine Griezmann

Griezmann yang kini menjadi nadi pasukan Atletico Madrid setelah berpindah daripada Barcelona berjaya membantu pasukan itu meraih kemenangan ke atas Espanyol 2-1. Pemain yang berusia 30 tahun ini diturunkan dalam kesebelasan utama untuk digandingkan bersama Luiz Suarez. Bermain selama 58 minit, Griezmann berjaya membuat 24 sentuhan dan menghasilkan 3 peluang dalam membantu Atletico meraih kemenangan kelmarin.

Eduardo Camavinga

Advertisements

Ubi muda yang berusia 18 tahun ini telah diturunkan Real Madrid pada minit ke-66 permainan. Kemasukan beliau jelas membuahkan hasil apabila berjaya meledak gol pertama peribadinya pada minit ke-72 permainan. Jaringan Eduardo Camavinga sekaligus membantu Real madrid membenam Celta Vigo 5-2.

Takehiro Tomiyasu

Pemain kebangsaan Jepun ini telah membantu Arsenal mengutip tiga mata penuh setelah mengharungi tiga perlawanan awal dengan kekalahan. Kedatangan Tomiyasu dianggap tuah buat pasukan apabila menwaskan Norwich City, 1-0. Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menunjukkan reaksi positif dan berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan pemain ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram