Trivia
MAKANBOLA
Advertisements

Tertanya-tanya port makan yang sedap dan enak untuk dikunjungi sekitar Stadium Cheras? Berikut kami senaraikan 5 kedai makan terbaik yang wajib anda terjah!

5. Nasi Lan Kedah

Alamat: 19, Jalan Dwitasik 2, Dataran Dwitasik, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Advertisements

Nasi Lan Kedah ialah sebuah restoran yang menghidangkan sajian nasi kandar. Terkenal dengan nasi yang dihidangkan dengan warna kuning, Nasi Lan Kedah di Bandar Sri Permaisuri ini merupakan cawangan bagi restoran Nasi Lan Peruda yang terkenal di Alor Setar.

Nasi kandar disini mengguna pakai rempah ratus tersendiri serta dimasak mengikut citarasa asal dan wajib dicuba. Antara lauk yang popular ialah sotong sambal, daging hitam, ayam goreng kunyit, kari kepala ikan dan telur sotong.

Restoran ini beroperasi setiap hari, dibuka pada jam 10 pagi dan tutup pada jam 8 malam.

Advertisements

4. Ellis & Grill

Alamat: Jalan Budiman 19, Taman Mulia, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ellis & Grill merupakan sebuah restoran yang menyajikan hidangan western. Menjadi port lepak anak muda di sekitar Cheras, restoran ini juga sesuai dijadikan tempat santapan malam bersama ahli keluarga. Restoran ini terkenal dengan hidangan Meatball dan Lamb Chop yang sedap, rasa yang premium dengan harga yang berbaloi.

Advertisements

Restoran ini beroperasi setiap hari, dibuka pada jam 6 petang dan tutup pada jam 12 malam.

*Kalau nak merasa Meatball tu, pastikan datang awal. Biasanya lepas Isyak, Meatball tu habis dah.

*Sepanjang bulan Ramadan, kedai ini tutup.

Advertisements
ELLIS GRILL 5 Kedai Makan Terbaik & Meleleh Sekitar Stadium Cheras

3. Nik Wan Nasi Kerabu

Alamat: Pusat penjaja, A02 Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Restoran sarapan pagi ini terletak di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri telah beroperasi sejak tahun 2003.

Kedai ini terkenal dengan menu trademark Nasi Kerabu yang disaji degan pelbagai pilihan lauk yang dihidangkan panas-panas. Bukan itu sahaja, keenakan dan juga kelembutan roti canai yang terdapat di kedai ini menjadikannya sebagai kedai pilihan di sekitar Bandar Sri Permaisuri.

Bertemakan konsep sarapan pagi Pantai Timur, kedai ini juga menyediakan hidangan nasi lemak yang laku keras.

Restoran ini beroperasi setiap hari, dibuka pada jam 6 pagi dan tutup pada jam 12 tengah hari.

*Sepanjang bulan Ramadan, kedai ini tutup.

2. Sup Meletop

Alamat: Pusat penjaja, C2 & C3, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bagi yang tidak tahu, restoran Sup Meletop ini terkenal dengan sajian sup yang menghairahkan disamping juga menyajikan masakan panas goreng-goreng dan nasi ayam. Ianya dijamin sedap dan pasti mengeyangkan, sesuai untuk makan tengah hari dan makan malam.

Restoran ini beroperasi setiap hari, dibuka pada jam 10 pagi dan tutup pada jam 11.45 malam.

1. Restoran A.Hassan Ayam Kampung

Alamat: Jalan Dataran Velodrom, Batu 4, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Restoran Haji Hasan tidak asing lagi bagi para penduduk di sekitar Cheras. Ada lebih 40 pilihan lauk, trademark bagi restoran ini ialah hidangan ayam kampung dan sup tulang. Berkonsepkan restoran masakan kampung, anda juga disarankan untuk mencuba ulam-ulaman yang dihidangkan.

Berikut merupakan antara restoran yang berada sekitar Stadium Cheras. Buat para pengunjung dan peminat pasukan KL City, sajian yang sedap serta enak di restoran-restoran diatas wajib kalian cuba. Ia mampu menambat selera anda sebelum atau selepas ke Stadium.

Selamat Mencuba!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram