Ranking FIFA Masa-Nyata ASEAN: 5 negara ASEAN merekodkan penurunan ranking FIFA selepas mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini.
Hal ini berbeza dengan Malaysia yang mempamerkan perjuangan hebat untuk menewaskan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.
Kemenangan membolehkan Malaysia meraih tambahan +26.1 mata untuk naik ke tangga 130 dunia dengan 1122.9 mata.
4 negara ASEAN mengalami penurunan satu anak tangga iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia dan juga Singapura.
Kekalahan menyebabkan Vietnam kini menghuni tangga ke-95 dunia (1235.58 mata), Thailand ke-113 (1176.75 mata), Indonesia ke 146 dunia (1064 mata) dan juga Singapura ke-156 dunia (1020 mata).
Hal ini susulan Vietnam kehilangan (-0.67 mata), Thailand (-0.40 mata), Filipina (-9.77 mata), Singapura (-12.39 mata) dan Indonesia (-5.81 mata).
Tamparan hebat juga dihadapi oleh Filipina selepas turun dua tangga ke kedudukan 140 dunia dengan 1086.17 mata.
Malaysia juga menjadi satu-satunya wakil Asean yang memimpin carta Kumpulan D selepas dua aksi dan menjadi wakil tunggal dari balang 3 untuk menghuni tangga pertama kumpulan.
Grafik: Kedudukan Terkini ASEAN