Dunia
Photo: Facebook TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC kini sedang berjuang untuk kembali bersaing di Liga Super setelah mereka terpaksa turun liga pada tahun 2019 ekoran menamatkan saingan Liga Super ditangga ke-11. Namun pasukan tersebut berjaya mencungkil beberapa bakat muda walaupun sedang bergelut dengan prestasi ketika itu.

Terdapat beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden Kelantan yang diserap ke skuad utama berjaya menampilkan persembahan yang bagus. Malah ketika Kelantan FC baru sahaja diturunkan ke Liga Premier, pemain-pemain ini masih setia bermain untuk pasukan itu pada musim 2020.

Namun demi mengembangkan karier bola sepak mereka, beberapa pemain telah memilih untuk menyertai pasukan Liga Super pada tahun ini. Antara pemain yang menyertai kelab baharu di Liga Super dan berjaya mempamerkan aksi cemerlang ialah:

Advertisements
  • Hakimi Abdullah

Hakimi Abdullah berjaya merekodkan 5 gol liga pada musim pertamanya bersama Terengganu FC. Pemain sayap kiri ini telah melakukan debut di Liga Super pada tahun 2018 bersama Kelantan dibawah kendalian Yusri Che Lah.

hakimi abdullah1 5 Pemain ‘Bekas Produk Kelantan’ Yang Kini Mencuri Tumpuan Dalam Saingan Liga Super 2021
Gambar daripada Facebook MFL

Kepantasan larian Hakimi telah memberikan kelebihan buat beliau untuk beraksi diposisi sayap kiri pasukan malah jaringan tunggal beliau sewaktu menentang JDT FC telah memberikan 3 mata berharga buat Terengganu FC.

  • Nik Akif Syahiran

Nik Akif telah bermain bersama skuad utama Kelantan pada tahun 2018 setelah mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad Piala Presiden dan skuad kebangsaan B-19. Kualiti yang dimiliki beliau dalam mengawal jentera tengah pasukan menyebabkan beliau menjadi aset penting buat Kelantan.

Advertisements
Gambar daripada Facebook Terengganu FC

Nik Akif kemudiannya memilih Terengganu FC pada awal tahun ini bagi mencari cabaran baharu dalam karier bola sepak beliau. Bersama Terengganu FC, Nik Akif telah melakukan 17 penampilan liga musim ini dan berjaya mencatat satu gol.

Namun beliau kerap diturunkan sebagai pemain gantian iaitu sebanyak 12 kali. Nik Akif dilihat mampu membentuk gandingan ideal pada masa hadapan dibahagian tengah pasukan bersama seorang lagi pemain muda Terengganu, iaitu Rahmat Makasuf.

  • Shahrul Nizam Ros Hasni

Bek kental Terengganu FC, Shahrul Nizam turut merupakan bekas pemain Piala Presiden Kelantan yang dinaikkan ke pasukan utama Kelantan pada akhir tahun 2017 bersama Nik Akif. Pemain berusia 23 tahun ini telah melakukan 20 penampilan liga dan diberi kepercayaan untuk mengisi kesebelasan utama pasukan dalam 13 perlawanan bersama Terengganu FC.

Advertisements
Gambar daripada Facebook MFL

Prestasi Shahrul Nizam dibahagian pertahanan tengah pada musim ini mendapat pujian penyokong Terengganu apabila berjaya membantu pasukan merekodkan 8 cleansheet ketika beliau diturunkan.

  • Danial Ashraf

Danial Ashraf berjaya merekodkan 4 gol dan 2 assist bersama Penang FC pada musim ini. Pemain berusia 24 tahun ini turut merupakan bekas pemain Piala Presiden Kelantan yang dinaikkan ke pasukan utama bersama-sama Nik Akif dan Shahrul Nizam.

Gambar daripada Facebook Penang FC

Jika di Kelantan beliau kerap diturunkan dibahagian serangan, Danial Ashraf kini bermain sebagai pemain tengah menyerang dan beliau kerapa diturunkan dibahagian tengah pasukan Penang FC. Kelincahan beliau telah meraih perhatian Thomas Trucha dan telah bermain sebanyak 19 kali pada musim ini.

Advertisements
  • Azwan Aripin

Seorang lagi bekas pemain Kelantan yang menyertai Penang FC ialah Azwan Aripin. Beliau merupakan pemain daripada skuad Piala Presiden yang diserap ke pasukan utama Kelantan pada tahun 2017. Pemain pertahanan kiri ini telah diturunkan dalam 17 perlawanan dan telah bermain dalam kesebelasan utama pasukan sebanyak 14 kali.

Gambar daripada Facebook Penang FC

Prestasi pemain berusia 25 tahun ini berjaya mencuri perhatian penyokong Penang FC malah beliau turut berjaya menjaringkan 1 gol buat pasukannya. Nama Azwan Aripin juga antara pemain yang dicanang agar dipanggil menyertai skuad kebangsaan apabila Malaysia ketika ini hanya bergantung pada Corbin Ong.

Penutup

Penghijrahan 5 bekas pemain Kelantan FC ini ternyata berbaloi apabila berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang dalam saingan Liga Super 2021 bersama pasukan masing-masing. Mungkin pemergian pemain-pemain ini telah merugikan skuad Kelantan FC namun penghijrahan mereka telah berjaya meningkatkan lagi karier bola sepak serta mutu permainan mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram