Ads
Transfer
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tampil dengan 5 tonggak baharu bagi memantapkan perjalanan musim baharu tahun hadapan.

Advertisements

Perkara ini dinyatakan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak JDT, DYAM TMJ berkenaan perancangan awal untuk mengukuhkan lagi persaingan skuad Harimau Selatan di Asia.

Advertisements

Menerusi satu segmen di Nindia Bola Astro Arena, baginda memberitahu bahawa JDT kini dalam fasa akhir untuk memuktamadkan pemain bagi musim baharu.

Advertisements

Advertisements

Perhubungan yang baik antara kelab dalam dan luar negara terutamanya di rantau Asia Tenggara juga telah membantu untuk memudahkan JDT mendapatkan barisan pemain terbaik.

“Saya sudah ada perancangan bagi musim 2024. Sebagai contoh, kami melihat ada beberapa posisi yang kami (JDT) perlu perbaiki. Kami sudah pun sedia maklum mengenai pemain-pemain yang kami inginkan pada musim hadapan.”

Advertisements

“Sekarang ini persiapan sekitar 85-90 peratus. Saya akan pastikan persiapan pasukan selesai menjelang akhir tahun ini.”

Baginda juga memaklumkan bahawa ketika ini JDT berkemungkinan akan membawa masuk dua tonggak tempatan dengan beberapa nama mula dikaitkan.

Selain itu, DYAM TMJ juga mengesahkan akan ada tiga pemain import baharu yang bakal memantapkan persiapan pasukan pada musim hadapan.

“Kami mungkin akan ada 1-2 pemain tempatan baharu dan 3 pemain import bagi musim hadapan,” jelas TMJ kepada Astro Arena.

Advertisements

Usaha JDT membawa masuk pemain tempatan terbaik di Malaysia ini juga merupakan salah satu usaha untuk membantu persiapan skuad kebangsaan menjelang sepak mula Piala Asia yang bakal berlangsung awal tahun hadapan di Doha, Qatar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram