Leandro Velazquez Bakal Jadi Bintang Naturalisasi Harimau Malaya?
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perancang tengah berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez berkemungkinan besar memiliki potensi untuk dijadikan pemain naturalisasi terbaru Harimau Malaya.

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan nadi utama skuad kendalian Tano Solari namun khidmatnya terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh DYAM TMJ pada segmen Nindia Bola, baginda mengakui khidmat pemain ini amat penting buat skuad Harimau Selatan.

Advertisements

TMJ juga bakal menunggu kepulangan pemain tengah Argentina itu yang masih dalam proses untuk pulih daripada kecederaan yang dialaminya tempoh hari.

“Buat masa ini Leandro masih cedera. Oleh kerana jasa beliau bersama pasukan JDT, saya akan tunggu beliau walau berapa lama sekalipun.”

Advertisements

DYAM TMJ juga menyatakan harapan untuk melihat jeneral tengah ini bergelar pemain tempatan suatu hari nanti.

“Saya berharap agar beliau (Leandro) dapat menjadi pemain tempatan kerana saya rasa beliau ialah pemain yang sangat berkualiti,” jelas baginda kepada Nindia Bola.

Advertisements

Bekas pemain Newell’s Old Boys ini sudah beraksi buat JDT sejak tahun 2019 setelah kali pertama tiba di Johor pada tahun 2015 dan membantu pasukan bergelar juara Piala AFC.

TMJ juga memberi bayangan tidak akan menandatangani penjaga gol import kerana sudah memberikan kepercayaan penuh kepada Syihan Hazmi selaku penjaga gawang utama pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram