Kombinasi Unik Jordi Amat & Arif Aiman Tarik Perhatian Netizen Indonesia
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kombinasi unik pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dan pemain sayap JDT Arif Aiman Hanapi berjaya menarik perhatian netizen Indonesia.

Ini selepas kompilasi video pendek yang dimuat naik MakanBola Indonesia di laman X telah mendapat mencuri tumpuan peminat bola sepak Indonesia.

Video tersebut telah memamparkan tiga jaringan JDT terhasil menerusi kombinasi gerakan Jordi Amat dan Arif Aiman.

Advertisements

Ketiga-tiga gol itu bermula daripada hantaran jarak jauh Jordi Amat sebelum disempurnakan cantik oleh Arif Aiman. Gol-gol ini berjaya dicipta JDT pada aksi Liga Super ketika bertemu KL City, Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu BG Pathum dan di kempen Piala Malaysia ketika JDT berdepan Perak.

Rata-rata netizen Indonesia teruja melihat cara jaringan itu terhasil. Peminat bola sepak di Indonesia turut membayangkan individu yang mampu memainkan peranan sama seperti Arif Aiman ketika di kem kebangsaan Indonesia kelak.

Visi yang dimiliki Jordi Amat dan kecerdikan Arif Aiman yang berjaya menghidu hantaran tersebut memberi nilai tambah yang cukup baik buat JDT.

Advertisements

JDT bakal berdepan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai hari ini jam 6 petang. Aksi ketiga JDT di pentas ACL 2023 dijadualkan berlangsung di Stadium Munsu, Korea Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram