5 pemain melakukan kemunculan dalam sesi latihan Johor Darul Ta’zim iaitu JDT vs Buriram United.
Aksi timbal balik Pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE) itu menjadi tumpuan melibatkan pertembungan dua gergasi di Asia Tenggara.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Chang Arena tempoh hari sekaligus mencatatkan dua keputusan seri dalam aksi terakhir.
Skuad Harimau Selatan bagaimanapun giat mempersiapkan pasukan menjelang aksi penting dalam misi untuk merekodkan sejarah baharu untuk layak ke peringkat suku akhir ACLE.
Hantaran oleh laman Johor Southern Tigers menunjukkan beberapa pemain turut menjalani latihan sekaligus berpotensi untuk diturunkan menentang Buriram United.
Posisi pertahanan menyaksikan kelibat Shane Lowry, Shahrul Saad dan juga Corbin-Ong giat menjalani latihan di samping pemain utama seperti Eddy Israfilov dan juga Alvaro Gonzalez.
Bukan itu sahaja, kelibat penjaga gol veteran iaitu Farizal Marlias yang masih belum merekodkan sebarang penampilan di Asia musim ini turut kelihatan.
JDT juga berpotensi untuk memiliki pilihan tambahan pada posisi serangan apabila kelibat pemain sayap berbisa, Mohamadou Sumareh turut kelihatan.
Aksi antara JDT vs Buriram United dijadualkan berlangsung pada 11 Mac, jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.