5 Prospek Naturalisasi Berisiko Tidak Dinaturalisasikan
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Berdasarkan berita mengenai program naturalisasi yang dijalankan oleh FAM akan dinilai semula, perkara ini dilihat bakal memberi kesan kepada beberapa nama yang berpotensi untuk disenarai pendek bagi proses naturalisasi dijalankan.

Hal ini disebabkan, pastinya terdapat beberapa perkara yang perlu dinilai dan dibincangkan semula hasil daripada persembahan yang kurang memberangsangkan ketika pasukan negara menjalani kempen Kelayakan Piala Dunia di UAE baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, penangguhan sementara Program Naturalisasi FAM ini bakal menjejaskan beberapa nama yang berpotensi untuk dinaturalisasikan bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Advertisements

Terdapat sekurang-kurangnya 5 nama besar pemain import dalam liga seperti Gonzalo Cabrera, Paulo Josue, Lee Tuck, Endrick dos Santos dan Romel Morales bakal terlepas peluang untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Kelima-lima pemain ini dilihat sudah memenuhi syarat dan kelayakan untuk membolehkan mereka menyarung jersi kebangsaan.

Sungguhpun begitu, proses ini masih boleh diteruskan jika mereka dinaturalisasikan oleh kelab masing-masing.

Advertisements

Antara nama yang hangat diperkatakan oleh para peminat tanah air ialah Gonzalo Cabrerra. Beliau yang telah beraksi di JDT sejak tahun 2017 pastinya menjadi pilihan terbaik oleh Tan Cheng Hoe untuk mengisi slot sayap kiri pasukan negara.

Tambahan pula, bekas pertahanan kiri pasukan Kedah Darul Aman FC, Azmeer Yusof turut menyatakan bahawa hanya pemain sayap JDT itu yang layak untuk dinaturalisasikan oleh FAM.

Hal ini pastinya memberi kelebihan buat pasukan yang memiliki para pemain yang memenuhi syarat penaturalisasian yang telah ditetapkan.

Advertisements

Ini sekaligus memberi ruang untuk pasukan merencanakan semula strategi setelah kelulusan untuk menaturalisasikan pemain bakal meninggalkan slot kosong bagi kuota pemain import dalam pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram