5 tonggak dikesan berada dalam latihan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan menentang Buriram United.
Aksi pusingan 16 itu menyaksikan wakil tunggal Malaysia dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) itu berkunjung ke gelanggang lawan bagi aksi pertama timbal balik.
Perjuangan juara bertahan Liga Super Malaysia itu diserikan lagi dengan kelibat beberapa pemain yang berpotensi untuk diturunkan menentang Thunder Castle itu.
Pertahanan kental Korea Selatan, Park Jun-heong berpeluang untuk kembali turun menentang Buriram United setelah beliau dilayangkan kad merah pada aksi terakhir menentang pasukan Thailand itu.
Sungguhpun begitu, posisi beliau kini digalas oleh tonggak utama Timnas Indonesia, Jordi Amat yang tampil cemerlang menentang Pohang Steleers.
Bukan itu sahaja, JDT turut memiliki beberapa pilihan untuk mengetuai posisi tengah seperti Natxo Insa, Juan Muniz dan juga Jonathan Viera.
Anak buah Hector Bidoglio masih memiliki kudrat dua tonggak tempatan iaitu Afiq Fazail dan juga Nazmi Faiz yang mampu memberikan impak luar biasa di atas padang.
Posisi serangan menyaksikan persaingan sengit dengan Bergson terus menjadi sandaran utama pasukan.
JDT bagaimanapun kekal membawa pemain seperti Romel Morales, Jorge Obregon dan juga Jese Rodriguez selain Arif Aiman yang turut mendapat kepercayaan penuh barisan kejurulatihan.
Kehadiran pemain sayap baharu, Samu Castillejo memberikan suntikan tambahan dalam misi membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Ibrahim.
Aksi antara Buriram United menentang JDT dijadualkan berlangsung pada 4 Mac 2025 jam 10 malam di Chang Arena.