Advertising
ACLE: Nizaruddin Yusof Optimis JDT Mampu Mara Lebih Jauh
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas penyerang Harimau Malaya, Nizaruddin Yusof percaya Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Pandangan itu disuarakan beliau bukan saja berdasarkan kejayaan pasukan itu mara ke pusingan 16 terbaik ACLE.

Ad

Malah, JDT turut sibuk merekrut pemain baru menjelang aksi pusingan 16 menentang kelab Thailand, Buriram United. Harimau Selatan baru-baru ini membawa masuk bekas bintang A.C Milan, Samu Castillejo.

Ad

Nizaruddin melihat kombinasi dua elemen ini mampu membantu JDT melakar pencapaian bermakna dalam saingan ACLE.

“Tetapi dari segi kekuatan atas kertas dan prestasi konsisten dalam liga, saya percaya JDT akan membawa bekalan selesa apabila bermain di SSI (Stadium Sultan Ibrahim) nanti,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

“Ya, kita nampak kenyataan dari pihak Buriram yang dilihat mencabar JDT membawa masuk lebih ramai pemain import. Itu yang apa TMJ (DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor) lakukan.

Ad

“Ini kerana sasaran mereka ialah mara dalam ACLE sejauh yang mungkin. Dan dengan menguatkan pemain-pemain yang baru masuk ini, lebih besar kelebihan dalam pasukan.”

Ad

Nizaruddin turut menyifatkan kehadiran pemain baru seperti Castillejo dan Anselmo Moraes mampu menterjemah perancangan taktikal Hector Bidoglio dengan lebih berkesan.

“Dan mungkin kita berharap taktikal Coach (Hector) Bidoglio dapat diterjemahkan menerusi pemain-pemain yang baru masuk ini ke dalam permainan untuk membantu pasukan JDT,” ujarnya.

JDT bakal berdepan Buriram di Stadium Buriram pada 4 Mac. Ini disusuli aksi timbal balik di SSI pada 11 Mac.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments