Advertisement
8 Pemain Selangor Tambat Hati Kim Pan-gon
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

8 pemain Selangor berjaya menambat hati pengendali negara, Kim Pan-gon untuk bertemu Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu membuat percaturan baharu selepas menggugurkan 5 pemain senior bagi aksi berdepan Oman.

Berdasarkan pengumuman 33 pemain oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Pan-gon membuat percaturan baharu dengan membawa gabungan pemain senior dan junior dalam panggilan kali ini.

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada 8 orang pemain Selangor yang dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan.

Antara watak utama yang sering menggalas tugas negara ialah pemain sayap lincah, Faisal Halim namun panggilan kali ini disertai dengan muka baharu seperti Sharul Nazeem, Harith Haiqal, Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Zikri Khalili, Ruventhiran dan juga Aliff Izwan.

Ini juga merupakan peningkatan 5 pemain Selangor ke kem negara selepas hanya tiga pemain (Faisal Halim, Brendan Gan dan Khuzaimi Piee) yang dibawa ke Piala Asia 2023.

Namun begitu, beberapa pemain yang berusia bawah 23 tahun akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido.

Panggilan utama skuad Harimau Malaya masih lagi didominasi oleh pemain JDT dengan 9 pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia Mac ini, kurang 4 pemain berbanding di Qatar (13 orang).

Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman pada Khamis, 21 Mac 2024 di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat sebelum terbang pulang bagi perlawanan keempat bertemu juga Oman di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 26 Mac 2024.