Debut Achraf Hakimi Dicemari Insiden Boo Kerana Ciapannya Terhadap Palestin
Eropah
Photo PSG.fr (Official PSG)
Advertisements

Pertemuan antara Lille dan Paris Saint Germain dalam merebut Trophee des Champions berakhir dengan kemenangan tipis Lille ke atas PSG sekaligus menamatkan dominasi 8 tahun milik PSG. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Xeka pada minit ke 45.

PSG menurunkan pemain baharu, Achraf Hakimi dalam perlawanan tersebut namun debut pertama Hakimi bersama PSG dicemari insiden beliau di boo oleh penyokong Israel. Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Bloomfield, Tel Aviv.

Ini disebabkan sebuah ciapan milik Achraf Hakimi yang menyatakan sokongan terhadap Palestin. Hakimi yang berupakan pemain bola sepak kelahiran Morocco nyata tidak disenangi oleh penyokong yang hadir ke stadium. Malah Hakimi di boo setiap kali beliau memegang bola sepanjang perlawanan berlangsung.

Advertisements

Perkara ini mendapat pelbagai reaksi daripada ramai pihak berikutan isu yang dianggap sensitif.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1421900645704028160?s=19

Namun para pemain lain memberikan sokongan moral selepas insiden terbabit kepada Hakimi menerusi IG Story seperti Sofiane Boufal, Amine Harit dan Ismael Bennacer.

Achraf Hakimi tiba dari Inter Milan pada awal musim ini selepas PSG sanggup membayar tag harga €70m buat pemain kelahiran Morocco ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram