ACL

ACL2: Mentaliti Kuat Kunci Kemenangan Kuching City

Kuching City FC 14 ACL2: Mentaliti Kuat Kunci Kemenangan Kuching City
Kuching City FC

Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak percaya mentaliti kuat menjadi kunci kemenangan pasukan itu ke atas Phnom Penh Crown FC dalam aksi kelima Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Advertisement

Mentaliti itu jelas kelihatan apabila The Cats meraih kemenangan 3-0 hasil jaringan Safawi Rasid, Jerome Mpacko Etame dan Dylan Wenzel-Halls.

Aidil melihat meskipun anak buahnya diasak pihak lawan untuk mendapatkan jaringan penyamaan, Kuching City bukan saja tidak mundur. Malah, pasukan itu berjuang habis-habisan bagi memastikan peluang mara ke pusingan 16 ACL2 masih lagi terbuka.

“Saya ingin beri penghargaan kepada semua pemain saya kerana mereka telah bekerja keras dalam latihan dan perlawanan. Dan hari ini anda dapat melihat mereka mendorong diri mereka sendiri dan mereka memberikan yang terbaik,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.

“Dan saya fikir inilah perkara yang selalu kami bincangkan sebelum dan selepas perlawanan, kami perlu konsisten. Dan sekarang kami dapat melihat pasukan perlahan-lahan menunjukkan kemajuan. Jadi saya fikir inilah perkara yang kami mahu teruskan, bukan berhenti.

“Semua ini berlaku kerana keazaman dan prestasi pemain malam ini. Dan saya fikir kami mahu terus menunjukkan kemajuan dengan lebih baik mulai hari ini. Hari ini, ia membuktikan bahawa pemain ingin menunjukkan kualiti yang mereka miliki, kerana ia bukan mudah, tetapi mereka bekerja keras.”

Susulan itu, Aidil mahu anak buahnya terus mengekalkan mentaliti dan keazaman untuk berjaya. Ini kerana mentaliti itu cukup penting untuk terus membakar semangat Kuching City kekal bersaing di pentas Asia.

Mereka mahukan lebih banyak lagi. Dan hari ini, saya selalu memberitahu mereka, ‘Dahagakan kejayaan dan jangan pernah berhenti untuk berjaya.’

“Dan saya fikir dengan kutipan mata yang kami miliki sekarang, kami memberi tekanan (kepada pasukan) di atas (Phnom Penh Crown) yang mana ia bagus,” tambahnya.

Kuching City berpeluang mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 dengan syarat mereka menewaskan wakil Hong Kong, Kitchee. Selain itu, anak buah Aidil juga perlu berharap Gangwon FC kecundang di tangan Phnom Penh Crown.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...