ACLE: Al-Nassr Jadi ‘Mangsa’ Belasahan Al-Ain
MakanBola
Al-Nassr FC

Hasrat kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr membuka kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan kemenangan musnah apabila dibelasah bekas juara edisi 2024, Al-Ain.

Al-Nassr yang juga juara Saudi Pro League (SPL) musim lalu berharap dapat membuka kempen kejohanan dengan tiga mata penuh. Selain itu, pasukan itu turut dibarisi nama-nama hebat seperti Cristiano Ronaldo, Joao Felix dan Sadio Mane.

Meskipun begitu, hasrat anak buah Ange Postecoglou itu musnah apabila gawang mereka dirobek pada minit ke-25 menerusi penyerang Maghribi, Houssine Rahimi.

Al-Nassr yang menggunakan taktik 3-5-2 cuba bangkit pada separuh masa kedua. Malangnya, tuan rumah terus berselera memburu gol tambahan.

Rahimi sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada Al-Alami dengan meledakkan gol kedua pada minit ke-63. Sembilan minit kemudian, abangnya yang juga bekas penjaring terbanyak kejohanan edisi 2024, Soufiane pula mencetak nama sebagai penjaring.

Pemain gantian, Giorgos Giakoumakis memastikan malam gemilang Al-Ain dengan meledakkan gol keempat pada minit ke-85. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini dijangka menambah tekanan buat Postecoglou. Terdahulu, Al-Nassr diikat 1-1 dengan Al-Khaleej dalam aksi SPL sebelumnya.

Selepas ini, Al-Nassr dan Ronaldo berharap dapat bangkit apabila turun menentang Diriyah pada 10 Oktober ini.