ACL

ACLE: Cuaca Sejuk Bukan Alasan Buat JDT

Silva Jeonbuk JDT JST ACLE: Cuaca Sejuk Bukan Alasan Buat JDT
Johor Southern Tigers
Advertisements

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz enggan menjadikan cuaca sejuk sebagai punca pasukan itu tewas kepada Jeonbuk Hyundai Motors.

Sebaliknya, beliau melihat bekas juara K-League 1 musim 2025 itu sebagai lawan berkualiti dan memanfaatkan peluang terhidang bila menyerang.

“Itu tidak boleh dijadikan alasan. Memiliki sembilan pemian import juga bukan satu alasan juga.

“Jeonbuk satu lawan yang kuat. Hari ini, Jeonbuk menunjukkan gol-gol yang berkualiti. Pihak lawan jauh lebih merbahaya daripada kita,” katanya seperti dilaporkan Chosun.

Munoz turut menyifatkan pasukannya perlu tampil lebih baik jika ingin memperkukuhkan peluang mara ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

“Pasukan kita masih kuat. Kita akan lakukan lebih baik dalam perlawanan seterusnya untuk mara ke pusingan berikutnya,” tambahnya.

Selepas ini, JDT akan menentang Ratchaburi dalam aksi ACLE seterusnya.