Advertising
ACLE: Hector Bidoglio ‘Pening Kepala’ Pilih Pemain Hadapi CCM
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio masih belum memiliki keputusan pemain yang akan beraksi pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) bertemu Central Coast Mariners (CCM).

Skuad Harimau Selatan ini terbang ke Australia dengan misi membawa pulang 3 mata sekaligus memastikan tempat ke pusingan 16 terakhir ACLE dengan berbaki dua perlawanan lagi.

Ad

Malah, JDT ketika ini juga dilihat berada di dalam momentum terbaik setelah meraih 9 kemenangan berturut-turut selain 11 aksi tanpa kalah bagi kesemua kejohanan peringkat domestik dan Asia.

Ad

Oleh itu, Bidoglio melihat aksi bertemu wakil Australia esok begitu penting dan memilih untuk fokus kepada persiapan pasukan kerana sedar lawan adalah pasukan yang hebat.

”Esok (Selasa) bakal menjadi aksi yang penting buat JDT namun kami perlu letakkan fokus buat diri sendiri kerana ACLE amat penting buat kelab dan pemain,” kata Hector Bidoglio ketika sesi sidang media.

Ad

”Kita juga tahu JDT akan berdepan aksi yang sukar kerana CCM adalah pasukan yang bagus dan miliki pemain hebat, jadi kami perlu fokus buat diri kami sendiri.”

Ad

Tambah Bidoglio, para pemain yang dibawa ke Australia ini semuanya dalam keadaan terbaik dan bersedia diturunkan sekaligus buatkan beliau ‘pening’ untuk membuat pilihan.

Ad

”Kesemua pemain dalam keadaan yang baik jadi sedikit sukar untuk saya membuat pilihan kesebelasan utama kerana miliki skuad yang terbaik.”

”Akan tetapi saya masih memiliki satu hari lagi untuk memilih kesebelasan utama,” ujar Bidoglio lagi.

Aksi Central Coast Mariners vs JDT dijadualkan berlangsung pada Selasa, 11 Februari ini dengan sepak mula jam 4 petang waktu Malaysia.