Ini adalah kedudukan terkini Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam carta AFC Champions League Elite (ACLE) setelah tewaskan Pohang Steelers pada Selasa.
JDT kembali ke gelanggang sendiri untuk bertemu wakil dari Korea Selatan, Pohang Steelers dengan misi besar meraih 3 mata sekaligus mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.
Manakala Pohang Steelers pula turun dengan berdepan misi wajib menang ke atas JDT meski wakil dari Korea Selatan ini tampak sedang bergelut untuk mencari prestasi sebenar.
Pada aksi tersebut, Pohang terlebih dahulu di hadapan hasil tandukan Lee Ho-jae sebelum JDT bangkit merencana gerak dan menemui jaringan penyamaan menerusi Oscar Arribas.
4 jaringan di babak kedua masing-masing menerusi Bergson, Arif Aiman, Jese dan Jorge Obregon memastikan tempat JDT di pusingan 16 terbaik meski Pohang cuba merapatkan skor.
Kemenangan 5-2 JDT di Stadium Sultan Ibrahim di hadapan 34,590 peminat sendiri menyaksikan skuad Harimau Selatan kini menghuni kedudukan ke-4 untuk carta ACLE zon Timur.
Kedudukan terkini JDT mengumpul 14 mata daripada 7 aksi di pusinga liga, memintas Gwangju hanya meraih satu mata setelah terikat seri bersama Buriram United dalam satu lagi perlawanan.
Berdasarkan kedudukan ini, JDT dijadualkan bakal bertemu Gwangju di pusingan 16 terbaik nanti oleh kerana kelab dari Korea Selatan itu berada di tangga ke-5, di belakang skuad Harimau Selatan.