Adam Hamid Pacu FK Alfa Modriča Tumbangkan FK Sloboda Novi Grad
Eropah
MakanBola
Fudbalski klub Alfa Modriča
Advertisements

Bek kiri muda negara, Adam Hamid kelihatan sudah menyesuaikan diri dengan kelab barunya yang berpangkalan di Bosnia-Herzegovina, FK Alfa Modrica. Buktinya, bek kiri berusia 21 tahun itu membantu Modrica membenam FK Sloboda Novi Grad 4-1 semalam.

Gol-gol Modrica disumbang oleh Maher Omerhodzic, Fortunato da Silva, Perica Guskic dan Rado Radic. Sementara Sloboda meraih gol saguhati menerusi penyerang Ensar Hamzic. Berita kemenangan ini turut dikongsikan oleh akaun Twitter Harimau Abroad.

Advertisements

Kemenangan ini dianggap mengejutkan dengan mengambil kira kedudukan kedua-dua pasukan dalam First League of the Republika Srpskaa. Modrica ketika ini menduduki tempat ke-15 dengan Sloboda di tempat ketiga.

Advertisements

Atas sebab itulah, ini menjelaskan mengapa semua pemain Modrica termasuk Adam bergambar dalam bilik persalinan selepas tamat perlawanan bagi meraikan kejayaan tersebut.

Selain Modrica, Adam juga pernah beraksi untuk Red Star Belgrade, FK IMT, NK Zvijezda Gradacac dan Perth Glory (Australia).

Advertisements

News Comments Account