Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali memilih pemain Penang, Adib Ra’op berbanding tonggak JDT dan Selangor.
Beliau dalam satu konten bersama Astro telah menyusun 10 pertahanan terbaik menurutnya dalam kancah Liga Super Malaysia.
Beberapa keputusan oleh lagenda JDT ini mencuri perhatian ramai terutamanya memilih Adib sebagai pemain paling berpotensi pada masa hadapan.
Safee menganggap bahawa tonggak The Phanters itu memiliki kualiti tersendiri untuk berkembang dengan lebih baik pada masa hadapan.
“Saya suka permainan Adib Ra’op, pemain yang laju dan berkaki kiri. Saya letak dia sebagai pemain nombor satu.
Safee meletakkan pertahanan kental JDT, Shahrul Saad dan juga Safuwan Baharudin pada tangga kedua dan ketiga dalam carta tersebut.
“Safuwan Baharudin pemain nombor tiga pilihan saya. Corak permainan beliau pun menarik. Shahrul Saad saya letak nombor dua,” ujar Safee Sali kepada Astro.
Adib yang kini berusia 25 tahun telah beraksi 9 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini dan membantu Penang untuk menghuni tangga ke-7 Liga Super Malaysia.