Adib Zainudin Akui Tak Pernah ‘Rancang’ Sertai Terengganu
Dunia
officialterengganufc
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan U-23, Adib Zainudin menjelaskan bahawa tidak pernah menyangka akan menyertai Terengganu FC bagi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Adib dalam pada itu mengakui bahawa ada menerima beberapa tawaran lain selain Terengganu. Beliau berpendapat bahawa pasukan Terengganu sedang mengorak langkah ke hadapan ditambah dengan kualiti yang ada pada barisan pemain terengganu musim ini.

“Sebelum ini saya tak pernah terfikir dapat main disini, jadi kebetulan”

Advertisements

“Sebelum saya dapat tawaran daripada Terengganu, ada beberapa pasukan tapi saya masih menunggu, kebetulan terengganu beri tawaran, saya tidak fikir banyak. Saya terus terima terengganu, kita cuba terengganu.

Tambah Adib, Terengganu juga mempunyai barisan kejurulatihan yang sangat berpengalaman dan berkualiti. Jadi, beliau yakin ini adalah pilihan yang tepat untuk meneruskan karier profesionalnya.

Pemain berusia 27 tahun itu berpendapat bahawa fasiliti yang ada di Terengganu pada tahap yang tinggi, sudah memadai buat seorang pemain bola sepak.

Advertisements

“Saya rasa terengganu sebuah pasukan yang sedang meningkat naik, punyai barisan pemain yang bagus, dengan jurulatih yang berpengalaman dan berkemampuan. Ini adalah tempat yang terbaik teruskan karier saya.

“Fasiliti dekat sini pun dah cukup bagus untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional” jelas pemain kelahiran Mersing itu dalam temubual di TFC TV.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram