Adisak Kraisorn: Liga Super Antara Terbaik Di ASEAN
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Penyerang berbisa Thailand, Adisak Kraisorn tahu bukan satu tugas mudah untuk mengatasi lawan Sumbangsih mereka, JDT pada 24 Februari ini. Malah, kehebatan yang dimiliki Harimau Selatan dan pasukan-pasukan Liga Super lain mendorongnya mengakui liga ini sebagai antara yang terbaik di ASEAN.

Bekas penyerang Muangthong United itu mengakui ramai pemain hebat membarisi JDT ketika ini. Tetapi pada masa sama, dia juga percaya dengan kemampuan rakan-rakan sepasukannya untuk melakar kejutan ke atas Harimau Selatan.

“Ini merupakan perlawanan pertama kita lawan JDT dan mereka adalah pasukan yang cemerlang di Malaysia. Kami telah mempersiapkan diri lebih sebulan sekarang dan semuanya sedang bekerja keras untuk beraksi sebaiknya nanti.

Advertisements

“Kita tahu rata-rata mereka ada dalam skuad kebangsaan dan juga ada pemain import yang terbaik tetapi kami juga ada pemain import yang bagus.

“Saya turut mengenali Diogo (Luis Santo), dia pernah beraksi di Liga Thailand dan ada juga saya tengok pemain-pemain lain beraksi terutamanya ketika di skuad kebangsaan, jadi saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang hebat nanti,” katanya.

Advertisements

Adisak yang membantu Thailand menjulang Piala AFF 2022 melihat Liga Malaysia (Liga M) sebagai satu cabaran baru selepas sekian lama beraksi di arena bola sepak Thailand. Dan itu menjadi sebab dia menerima tawaran skuad Peteh.

Ketika ini, Adisak sedang menyesuaikan diri bersama mereka termasuk beraksi pada waktu petang. Tetapi itu bukan sesuatu yang asing buatnya kerana ada ketikanya, pasukan-pasukan Liga Thailand turut beraksi pada waktu petang.

Advertisements

“Ini merupakan cabaran baharu untuk saya di Malaysia memandangkan Liga Super bagi saya antara yang terbaik di Asean.

“Saya ada tengok juga di YouTube bagaimana ramainya penyokong di Terengganu dan mereka sangat baik, jadi saya suka di sini.

Advertisements

“Berkenaan bermain di waktu petang, sudah tentu saya tiada masalah sebab di Thailand juga kadang-kadang ada bermain di waktu petang.

“Untuk itu, saya juga kena belajar memahami peraturan Liga Malaysia dan saya kena belajar daripada semua sudut, jadi saya akan cuba yang terbaik”, jelasnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram