Ads
Dunia
Terengganu FC

Dengan saingan liga bakal bermula pada akhir Februari ini, Terengganu pastinya mahu lebih cemerlang daripada kempen musim lepas. Dan itu diharap dapat direalisasikan menerusi kelibat penyerang Thailand, Adisak Kraisorn.

Advertisements

Adisak yang segar daripada kejayaan menjulang Piala AFF 2022 tidak kekok menyesuaikan diri bersama rakan-rakan sepasukan barunya. Malah, dia berharap dapat membantu pasukannya terutama pada aksi Piala Sumbangsih menentang JDT pada 24 Februari ini.

Advertisements

“Hari ini (semalam) hari pertama saya di TFC, tambahan pula kali pertama saya beraksi bersama kelab di luar negara sepanjang karier, jadi sudah pasti saya begitu teruja dengan cabaran baharu dalam Liga Malaysia (Liga M) terutama dalam misi meningkatkan lagi prestasi saya.

Advertisements

Advertisements

“Walaupun kali pertama menjalani latihan, saya akan berusaha sedaya upaya untuk berada dalam zon selesa terutama bagi mengenali dengan lebih rapat lagi corak permainan rakan sepasukan selain tidak mahu mengambil masa yang begitu lama untuk membiasakan diri dengan corak latihan jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner.

“Ini kerana fokus saya untuk aksi pertama Piala Sumbangsih yang juga aksi sulung saya nanti bersama TFC selain aksi Liga Super, Piala FA, Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) dan Piala Malaysia kerana saya pasti misi kelab mahu merangkul trofi pada musim ini,” katanya.

Advertisements

Begitupun, Adisak sedar untuk merebut slot penyerang utama skuad Penyu bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana dia perlu bersaing dengan Ivan Mamut dan Jordan Mintah untuk slot berkenaan.

Tetapi pada masa sama, Adisak juga bersedia untuk beraksi di mana-mana posisi yang diminta Steinbruckner selagi mana ia dapat membantu skuad Peteh.

“Penyerang adalah posisi kegemaran saya, namun jika ketua jurulatih meletak saya di posisi berlainan, saya tidak akan sesekali menyatakan perkataan tidak, sebaliknya saya sedia menyahut cabaran berkenaan.

Advertisements

“Lagipun ini kali pertama saya bakal bersama dengan dua lagi penyerang import, Ivan Mamut dan Jordan Mintah, jadi saya pun tidak tahu gaya permainannya, namun saya akan cuba mencari keserasian bagi menambah lagi kekuatan pasukan TFC,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram