Advertisement
Admin Instagram PSSI Ikuti Akaun ‘Haram’, Kini Terciduk & Malu Sendiri
Dunia
MakanBola
PSSI

Akaun Instagram Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) terus mendapat perhatian peminat bola sepak apabila akaun rasmi itu didakwa mengikuti sebuah akaun Instagram ‘haram’.

Perkara itu mula disedari oleh seorang pengguna Twitter, Guyon Waton yang pantas memuatnaik tangkap layar memperlihatkan sebuah akaun wanita seksi telah diikuti PSSI.

Selepas perkara itu tular di Twitter, laman Instagram PSSI terus diserang netizen-netizen Indonesia. Ramai yang tampil menghujani komen-komen negatif dan ada juga yang meninggalkan komen lucu di ruangan komen. 

“Fokus urusan bola aja bosku, tak perlu follow akaun cewek.” 

“PSSI gatau malu,” ujar Ngtaufiqurr.

Beberapa netizen beranggapan bahawa admin yang dipertanggungjawab untuk menjaga akaun Instagram PSSI itu barangkali terlupa untuk menukar akaun.

Setelah perkara itu ‘kantoi’, admin akaun PSSI segera bertindak untuk nyahikut akaun tersebut. Kini selepas disemak, akaun wanita ikut tidak lagi diikuti PSSI.