Ketua jurulatih Bahrain, Juan Antonio Pizzi sudah membuat persediaan rapi sebelum menentang Malaysia menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam Piala Asia 2023 di Stadium Jassim bin Hamad, malam esok.
Bahrain yang kini di ranking ke-86 itu pernah ditewaskan Malaysia pada aksi persahabatan tahun 2021. Manakala di pentas kelayakan AFC Asian Cup 2022 pasukan itu berjaya memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Malaysia.
Pengendali daripada Argentina itu berharap agar pemainnya tidak memandang rendah kemampuan pasukan Malaysia, kerana mereka juga mempunyi misi yang sama mahukan kemenangan selepas tewas aksi pertama kepada Jordan.
“Kami membuat persiapan sebelum berdepan dengan Malaysia. Kami berhasrat untuk mencapai kemenangan,” ujarnya.
“Kami bermain dengan baik dalam perlawanan menentang Korea Selatan, dan kami berharap untuk mencapai prestasi dan mendapat hasil yang baik buat pasukan,” katanya di dalam sidang media hari ini.
“Semua perlawanan dalam kejohanan sudah pastinya setiap pasukan mempunyai peluang untuk layak ke pusingan seterusnya.”
Bahrain dan Malaysia kedua-duanya tidak memperolehi sebarang mata selepas masing-masing tewas pada perlawanan pertama. Namun, Juan turut mengatakan di mana setiap aksi dalam kejohanan semua pasukan mempunyai peluang untuk layak ke pusingan seterusnya.
Bahrain akan bertemu Malaysia pada saingan kedua Kumpulan E yang akan berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad, pada Sabtu, 20 Januari 2024.