Aksi suku akhir Piala Asia AFC antara pasukan Jordan dan Tajikistan berkesudahan dengan keputusan 1-0 memihak kepada Jordan.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ali bin Ahmad itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terkuat.
Pada pusingan kalah mati, Tajikistan menewaskan UAE menerusi penentuan sepakan penalti sementara Jordan mengalahkan Iraq dengan keputusan 3-2.
30 minit pertama permainan lebih banyak didominasi oleh anak didik Husein Ammouta menerusi beberapa serangan yang hampir membuahkan hasil.
Peledak berbisa Jordan, Yazan Al-Naimat hampir menjaringkan gol pertama namun tolakan dari sisi gawang hanya singgah di tepi tiang gol pada minit ke-28.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0 buat kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua, pasukan yang terkenal dengan jolokan The Crowns mula mendapat rentak dan melakukan beberapa serangan berbahaya pada 15 minit awal babak kedua.
Namun begitu, Jordan berjaya melakukan kejutan apabila sepakan penjuru cantik cuba ditanduk oleh Abdallah Nasib namun tertampan ke badan Vakhdat Kanonov untuk gol sendiri.
Beberapa pertukaran oleh Tajikistan tidak membuahkan hasil yang kekal memihak kepada Jordan.
Tambahan masa 7 minit tidak berjaya mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Aksi tamat dengan kemenangan memihak kepada Jordan.