Advertisements
AFC Asian Cup: Kyrgyzstan Sekat Kemenangan Oman
Asia
MakanBola
Oman FA

Oman gagal menundukkan Kyrgyzstan dalam aksi terakhir kumpulan F Piala Asia 2023 apabila sekadar meraih keputusan seri.

Pasukan kendalian Branko Ivanovic lebih mendominasi aksi separuh masa pertama apabila merekodkan 7 percubaan berbanding Kyrgyzstan yang hanya melakukan satu percubaan.

Muhsen Al Ghassani membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 permainan setelah memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kawasan kotak penalti Kyrgyzstan.

Oman kemudian mempunyai beberapa siri percubaan namun gagal merobek gawang gol pasukan kendalian Stefan Tarkovic.

Memasuki babak kedua, Kyrygzstan mengejutkan Oman menerusi gol tandukan daripada Joel Kojo namun gol tersebut dibatalkan VAR ekoran kedudukan ofsaid Joel Kojo.

Oman hampir meraih gol kedua menerusi percubaan jarak jauh pada minit ke-65 namun penjaga gol Kyrgyzstan, Erzhan Tokotaev berjaya menepis bola tersebut.

Kyrgyzstan kemudian berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 apabila Joel Kojo mudah merembat masuk bola menewaskan Erzhan Tokotaev.

Tamat perlawanan, Kyrgyzstan bangkit mengikat Oman untuk meraih keputusan seri 1-1.

Kyrygzstan meraih mata pertama dalam kumpulan F manakala Oman pula terlepas peluang ke pusingan 16 setelah mengumpul 2 mata dalam 3 perlawanan.