AFC Asian Cup: Madame Pang Umum Ganjaran Cecah RM1 Juta Kepada Pemain Thailand Bersyarat
AFC Cup
Fathailandofficial
Advertisements

Presiden Bola Sepak Thailand, Madame Pang mengumumkan bahawa pasukan Thailand bakal diberikan habuan lumayan jika menepati syarat yang ditetapkan.

Menurut laporan daripada wartawan daripada Thailand, Ta Lao, skuad Gajah Perang akan diberi RM132 ribu bagi setiap jumlah mata yang diperoleh bagi setiap perlawanan dalam peringkat kumpulan. 

Contohnya, jika Thailand berjaya memperoleh tiga kemenangan iaitu 9 mata akan didarab dengan RM132 ribu yang boleh mencecah RM1.1 juta. 

Advertisements

Dengan habuan ini, bakal memberi tonik tambahan buat para pemain untuk beraksi dengan cemerlang dalam saingan Piala Asia 2024 ini. 

Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madame Pang optimis dengan pasukan Thailand untuk layak ke pusingan seterusnya dengan jumlah mata sekurang-kurangnya 4 dan ke atas. 

Advertisements

“Saya percaya pasukan kebangsaan Thailand sudah membuat persiapan terbaik. Setiap orang percaya dengan kebolehan Thailand dan yakin dengan kredibiliti jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii. 

“Kami mensasarkan layak ke pusingan 16 terbaik dengan jumlah mata maksimum 4 hingga 6 mata,” kata Madam Pang

Advertisements

Thailand berada dalam kumpulan F bersama Kyrgyzstan, Saudi Arabia dan Oman. 

Skuad Gajah Perang ini bakal berdepan Kyrgyzstan pada malam ini (10.30 malam waktu Malaysia) bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan F.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram